Saturday, May 4, 2013

MANIFESTO OHH MAnifesto............undi anda penentu masa depan anda......



pOLITIK OH pOLITIK

Jom fiKir sejEnak…
Andai pRu13 ini pR menang…
Adakah HUDUD akan dijalankan di Malaysia???
aHahhaaa  Apa pendapat korang !!!!!






erm sekarang semua orang sibuk berpolitik… OMG rupanya dah masuk musim PILIHAN RAYA haha bukan HARI RAYA ye.. tetiba aku tercari sesuatu…apa ye? Aku pun lupa hehe
 i/c di mana kamu!!! Oh nasib baik jumpa..kami GENGKAPAK  dah boleh mengundi..kiranya semua dah cukup umur 21 tahun haha kami ber9 muda lagi tau wakakaka
oklah jom kita mengembara sistem politik  Malaysia. Malaysia mengamalkan politik demokrasi. Jadi setiap 5 tahun sekali rakyat diminta untuk menjalankan tanggungjawab bagi  memilih pemimpin yang mereka sukai atau yakini yang pemimpin berkenaan akan membela nasib mereka.
 Media Social seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam memberikan input-input yang berguna kepada masyarakat dalam memilih pemimpin yang akan memimpin tanah air tercinta iaitu MALAYSIA. Media Social seperti facebook, blog, tV, radio, twitter dan sebagainya banyak membahaskan tentang isu politik sekarang ini. Ini menggambarkan pRu13 semakin hampir mengunjungi kita rakyat Malaysia walau dimana kita berada.
Tanggal 30 April 2013, telah diadakan pilihan raya bagi pengundi pos yang terdiri daripada ahli SPR, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) rakyat yang berada di luar Negara dan yang sewaktu dengannya.
Malaysia digemparkan dengan isu terbaru.
Isu yang terbaru yang dikemukakan oleh para pengundi awal adalah “dakwat yang digunakan tidak KEKAL”, betul ke???  Siap buat laporan polis lagi. So apa jawapan dari pihak SPR…
Barisan Nasional (BN) mengatakan jika PR memerintah Negara maka Malaysia akan huru-hara.. dengan ini ada segelintir masyarakat yang kurang faham tentang peralihan kuasa.. malah ada yang mengeluarkan soalan, Kenapa Nak Tukar Kerajaan, Nanti Dasar Kerajaan Akan Terbantut???
Okey, disini kami jelaskan….
Kerajaan tetap KEKAL...yang bertukar hanyalah parti politik yang menerajui tampuk pemerintahan negara... BN bukan sebuah kerajaan, BN hanyalah parti politik seperti PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) ...jika PR ambil alih kerajaan pun, penjawat awam yang bertugas dalam sektor kerajaan juga orang yang sama...”
Nanti-nanti Jangan marah ye..jawapan ini kami ambil daripada pakar bidang sains politik.. bukan kami mereka-reka cerita tau.. kami pun pada mulanya tidak faham dan berpendapat seperti anda semua.. tetapi kami bertanya kepada yang lebih arif untuk mendapatkan pencerahan.....
 
~Berkempen Biarlah Dengan Cara Yang Berhikmah~
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Jom kita saksikan manifesto PRU13
Barisan Nasional (BN)
Aku xtahu ea..mu cari yup hehe
Pakatan Rakyat (PR)
       yang nie....nmanifesto bN PUNYE....






Manifesto Barisan Nasional 10 : Sumber Semula Jadi

  • Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau.
  • Memulihara sungai dan anak sungai.
  • Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
  • Menguatkuasa undang-undang yang lebih ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.
  • Menggunakan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal.

Manifesto Barisan Nasional 11 : Belia

  • Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
  • Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
  • Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
  • Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma terutama di kawasan luar bandar dan separa bandar.
  • Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
  • Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

Manifesto Barisan Nasional 12 : Keselamatan Sosial

  • Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pengkalan data yang bersepadu.
  • Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
  • Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta.
  • Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi, untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
  • Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
  • Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Manifesto Barisan Nasional 13 : Ekonomi

  • Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trillion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
  • Mencapai pendapatan per kapita AS$15,00 (RM45,000) menjelang 2020.
  • Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif.
  • Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
  • Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
  • Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.
  • Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
  • Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%.
  • Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
  • Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Manifesto Barisan Nasional 14 : Wanita

  • Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
  • Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
  • Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
  • Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
  • Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
  • Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

Manifesto Barisan Nasional 15 : Keharmonian

  • Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
  • Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana amandan harmoni.
  • Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
  • Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
  • Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
  • Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Manifesto Barisan Nasional 16 : Dasar Luar Negara

  • Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
  • Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
  • Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
  • Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
  • Membentuk Dasar Laut yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
  • Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
  • Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Manifesto Barisan Nasional 17 : Perkhidmatan Awam

  • Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
  • Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
  • Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
  • “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
  • Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
  • Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
  • Memberikan perhatian yang istimewa kepada golongan kurang upaya.
Manifesto Barisan Nasional secara sehala sudah pun diumumkan dan disuapkan terus kepada rakyat. Kali ini harapan kami sekali lagi ingin mengajak kedua-dua parti politik yang bakal berentap dalam Pilihnaraya Umum ke 13 kali ini untuk diadakan pembentangan dan perbahasan bermnaifesto secara dua hala pula untuk dinilai oleh jutaan bakal pengundi yang berkelayakan.
Apa pandangan anda dengan intipati Manifesto Barisan Nasional (BN 2013) menjelang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini? Yang mana satu antara intipati manifesto Barisan nasional (BN) yang medapat perhatian anda semua?

        
AND THEM NIE PLAK PAKATAN RAKYAT.......





Untuk laporan berita kali ini dikhususnya kepada pembentangan Manifesto PR Pakatan Rakyat (PRU 13) yang memfokuskan usaha mereka untuk membendung lonjakan kos sara hidup yang dihadapi kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
Bagaimana mekanisme dan langkah yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat? Antaranya….

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun
·         Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
·       Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
·         Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
·         Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
·         Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah

·         Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
·         Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
·         Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
·         Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun

·         Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
·         Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
·         Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol

·         Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
·         Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
·         Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli

·         Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
·         Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
·         Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
·         Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000

·         Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
·         Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.
Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:
·         Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
·         Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
·         Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
·         Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

·         Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
·         Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

·    Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
·   Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
·         Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
·         pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
·         Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
·         PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
·         PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
·         Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
·         dijaga.

Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik

Harga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.
Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga

·      150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
·     Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.

·       PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
·     Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap





    ada banyak lagi tapi hanya ini mampu kami bagiiii...hehehhehheheh
Siapa yang anda pilih, akan tentukan nasib negara kita.
BN atau PR??? pILIH-PILIH..
Undi adalah rahsia tetapi ingatlah bahawa setiap undian yang kita berikan akan ditanya oleh yang maha berkuasa. ............MU MASUKLAH AYAT N MAKSUD DY HAHA AKU XINGAT LAAA...
Andai PR menang pilihan raya ini, adakah hudud akan dijalankan di Malaysia? Bagi kami gengKapak, kemungkinan hudud akan dijalankan di Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala di negeri-negeri lain di Malaysia sebaliknya. Kenapa kami berkata begitu. Ini kerana, masih ramai yang belum memahami apa itu hudud sebenarnya. Sama ada barisan kepimpinan PR mahupun orang awam. Wallahu'alam.
Sekadar perkongsian, siapa yang akan menang dalam PRU13 ini sudah ditentukan oleh yang maha berkuasa. Apa-apa yang terjadi semuanya ada sebab musababnya. Manusia diberikan akal oleh Allah untuk berfikir apa yang baik dan buruknya. Dan apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita dan untuk menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah wahai bakal pemimpin dan pemimpin yang menerajui tampuk pemerintahan yang akan datang. Kami memberikan AMANAH untuk kamu semua,jadi peganglah dan TUNAIKANLAH amanah yang ada dibahu kalian semua dengan sebaik-baiknya sama ada dari BN ataupun PR.

No comments:

Post a Comment