NiE Ada SEdiKIt cTer pAsAl bRiTAin ea.....KNp bRItaiN GuNA PoUNd bERbAnDinG euro...tapI NiE ApA yAng kaMI dAPaT LA......
Ketika masyarakat
Britain mengalami tekanan ekonomi ekoran krisis mata wang euro, pihak
pentadbiran bandar ini merancang untuk memperkenalkan mata wang sendiri yang
dikenali sebagai pound Bristol. Inisiatif itu bertujuan :
· - untuk mengelakkan hasil kekayaan
tempatan daripada mengalir ke tangan
pihak luar.
· - Pelabur dan pedagang matawang suka
sebab kadar interest lebih tinggi
untuk memperolehi keuntungan dalam bentuk
swap interest
Mata wang tersebut yang hanya boleh digunakan di
bandar barat daya England ini akan dilancarkan September depan. Pengasas
bersama pound Bristol, Ciaran Mundy berkata, pihaknya menerima sambutan yang
amat menggalakkan apabila ratusan perniagaan di sini bersetuju untuk
menggunakan mata wang berkenaan. "Persepsi mengenai perbankan dan wang
adalah ia satu sistem tanpa belas kasihan. Orang ramai akan menggunakan mata wang yang
memberi manfaat kepada mereka," kata Mundy.
Menurutnya, wang kertas pound Bristol mempamerkan
simbol kemegahan tempatan termasuk imej penulis kurun ke-19, Hannah More dan
pesawat supersonik Concorde. Sebahagian pesawat berkenaan dibina di bandar ini.
Jelas Mundy, pemilik perniagaan boleh membayar cukai tempatan dengan
menggunakan pound Bristol manakala 17,000 kakitangan majlis perbandaran di sini
boleh memilih untuk menerima sebahagian gaji mereka dengan menggunakan mata
wang itu.
Nie pLAk kIsaH.....DI bRitain juGAK PaSAl MaTA WANG....
Setelah
sekian lama berdebat baik buruk penukaran mata wang Pound kepada Euro hingga
kadang kala menimbulkan demontrasi antara kedua-dua pihak menyokong dan
menentang, akhirnya Canselor of The Exchequer (semacam Menteri Kewangan di
Malaysia), Gordon Brown, mengumumkan keputusan bahawa Britain pada masa ini
belum bersedia menukar mata wang Pound kepada Euro.
Dalam
keputusan bersejarah (tetapi tidak muktamad itu) yang diumumkan kepada House of
Common, Canselor Gordon Brown menegaskan bahawa hanya satu daripada lima ujian
yang ditetapkan bagi mengkaji kesesuaian penukaran Pound kepada Euro memenuhi
piawaian. Lima Ujian yang dirangka oleh pihak Perbendaharaan Britain ialah, Convergence
with eurozone, Enough flexibility to adapt, Impact on jobs, Impact on financial
services dan Impact on foreign investment. Hanya ujian terhadap Impact on
Financial Services (Kesan Ke Atas Perkhidmatan Kewangan) sahaja yang
menghasilkan keputusan dan menepati piawaian yang dikehendaki.
Dalam
ucapan kepada House of Common, Brown kelihatan positif mengenai masa depan
penggunaan matawang tunggal Euro untuk Britain terutama dalam potensi
peningkatan pendapatan nasional, peningkatan taraf hidup dan harga yang rendah.
Namun
beliau juga memberi amaran bahawa menyertai matawang Euro pada masa yang salah
akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran, pengurangan
perbelanjaan awam dan kemerosotan pertumbuhan ekonomi. Inilah alasan yang
digunakan oleh Brown mengapa pentingnya memenuhi piawaian kelima-lima ujian
yang ditetapkan sebelum membuat keputusan menukar Pound kepada Euro.
Dalam
laporan tersebut juga Brown menggariskan beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki bagi mencapai piawaian dalam ujian-ujian yang gagal sebelum ini.
Antara yang bakal diberikan perhatian ialah pasaran perumahan yang tidak stabil
dan kadar inflasi yang tidak menepati kehendak ujian.
Bagaimanapun
Brown menegaskan kepada House Of Common, Kerajaan akan melaporkan kembali ujian
yang lain dalam pembentangan Belanjawan tahun hadapan sebelum memutuskan sama
ada untuk mengadakan satu lagi ujian semula atau membuat satu usul supaya
diadakan referendum umum.
Dalam
masa yang sama kerajaan Blair terpaksa menjaga hubungan diplomatik dengan
negara-negara Eropah lain. Ini, menurut BBC News, menyebabkan Blair terpaksa
membuat panggilan diplomasi kepada 9 pemimpin negara Eropah lain sebaik sahaja
Brown mengumumkan keputusan kerajaan.
Namun
yang menariknya, bukan lagi keputusan Perbendaharaan yang memutuskan Britain
belum bersedia mengenepikan Pound dan menggunakan Euro. Sebaliknya, tumpuan
kini berubah kepada percaturan politik Britain menjelang pilihan raya Umum
negara tersebut tahun hadapan dan pergelutan kuasa dalam kabinet sendiri.
Keputusan
ini banyak menimbulkan pertanyaan kerana kelihatan berlaku percanggahan antara
Perdana Menteri Tony Blair dengan Canselor Gordon Brown. Sungguhpun penolakan
ini merupakan pandangan awal Kerajaan namun ia kelihatan mencerminkan sikap
berbelah bahagi kerajaan pimpinan parti Buruh Tony Blair yang dikenali amat
cenderung kepada Euro.
Pengumuman
terbaru kerajaan Britain ini dianggap sebagai satu permainan kuasa antara
Perdana Menteri Tony Blair dan Gordon Brown. Tony Blair tipikal penyokong Parti
Buruh merupakan penyokong kuat idea Euro ini. Manakala Brown kelihatan mencari
populariti politik dengan melengah-lengahkan keputusan tersebut dan mengambil
jalan tengah dengan membiarkan rakyat membuat pilihan melalui referendum. Ini
boleh menyebabkan masa depan politik Tony Blair berada di persimpangan.
Dalam
keadaan jumlah rakyat yang membantah pengalihan matawang ini cukup besar dan
semakin bertambah, parti Buruh yang memerintah, terutamanya Tony Blair, berada
di persimpangan. Tinjauan umum mendapati 2/3 penduduk Britain menolak
penggunaan matawang Euro bagi menggantikan Pound. Ini boleh memberikan kesan
kepada Parti Liberal dalam pilihan raya UMUM Britain pada tahun hadapan. Lebih
awal percaturan Brown mungkin menamatkan karier Blair lebih awal dari pilihan
raya di tahun hadapan.
Bekas
Menteri, Peter Mandelson, percaya kesilapan Blair memberi ruang yang luas
kepada Brown membuat perkiraan ekonomi sendiri telah membolehkan Canselor
tersebut menentukan langkah dan dasar yang akhirnya menimbulkan masalah kepada
Perdana Menteri. Mandelson
percaya bahawa kesedaran lewat Blair menyebabkan beliau terpaksa menggunakan
majoriti kabinet untuk memaksa Brown menukar keputusan tidak kepada kenyataan yang lebih
positif.
Sementara
ini salah seorang pemimpin parti Konservatif, Michael Howard, pantas memandang
sinis keputusan ini. Menurut Howard, Blair goes one way, Brown goes another way and bang
goes the third way. The entire announcement had been the result of frantic
efforts by the two men to cover up their divisions.
Jalan
yang terbaik bagi menyelamatkan diri ketika ini ialah membiarkan referendum
rakyat yang dirancang pada tahun hadapan membuat keputusan. Dijangkakan
referendum tersebut akan diadakan sebelum pilihan raya umum tahun hadapan bagi
mengelakan isu ini menjadi satu labialiti kepada parti Buruh yang memerintah.
Kelihatan mengadakan referendum umum jalan paling Selamat bagi parti Tony Blair
tetapi belum tentu untuk Blair sendiri.
Kalangan
pembangkang dan pemerhati politik melihat kegagalan kerajaan membuat keputusan
mencerminkan perpecahan dalaman kabinet Tony Blair dan juga mencerminkan
kelemahan kabinet yang ada. Kabinet Tony Blair yang menghadapi krisis akibat
campur tangan Britain dalam Perang Iraq tanpa kebenaran Pertubuhan Bangsa
Bangsa Bersatu sekali lagi dijangka bergolak lagi akibat isu ini.
Para
pemerhati politik Britain melihat tindakan Perbendaharaan ini merupakan satu
tindakan dalaman yang akan memungkinkan Brown mengenepikan Blair atau Blair
akan berundur bagi memberi laluan kepada Brown memimpin parti Buruh dan Kerajaan
Britain.
Amat
menarik untuk melihat sama ada pertikaian ini akan membawa kepada penyingkiran
Brown atau pengunduran Blair. Bagaimana pun seorang penganalisis politik
Britain tidak segan silu menulis keaiban yang ditanggung oleh Perdana Menteri
tersebut -Mr Blair,
long an enthusiastic fan of the euro, has been given a bloody nose once again.
Perpecahan
dan kegagalan Britain membuat keputusan ini bukan sahaja mengancam masa depan
pemerintahan parti Buruh tetapi juga memperjudikan pengaruh negara tersebut
dalam Kesatuan Eropah. Britain akan semakin hilang hormat kuasa besar Eropah
lain berikutan penangguhan ini pertukaran pound ke Euro.
Apa pun parti Konservatif (pembangkang terbesar)
kelihatan yakin isu ini akan menumbangkan parti Buruh dalam pilihanraya tahun
hadapan. Keyakinan ini dapat dilihat dari kenyataan Howard, Today's statement comes from a divided Government, a
Government on the run... This is not the end of the beginning for this
Government, it is the beginning of the end.