Sunday, April 28, 2013

AMBANK GROUP



SEJARAH
Kumpulan Ambank pada awalnya ditubuhkan dengan nama Arab-Malaysian Development Bank Berhadpada 5 Ogos 1975 sebagai usahasama bersama di antara Malaysian Industrial Development Finance Berhad dengan pemegangan saham 55.0%, Arab Investments for Asia (Kuwait) dengan pemegangan saham 33.0%, dan National Commercial Bank (Saudi Arabia) memegang 12.0%. Kumpulan ini beroperasi pada 1 April 1976, danpada Disember 1983 mula dikenali sebagai Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad. Kumpulan AmBan kini telah menikmati kejayaan yang agak cemerlang sepanjang tiga dekad yang lalu sebagai salah satu daripada institusi kewangan yang terbesar dan terpesat berkembang dalam negara dengan menjadi satu kumpulan dengan tenaga manusia hampir 10,000.

VISI DAN MATLAMAT
“Kami adalah satu pasukan yang sentiasa berjaya. Kemenangan dan matlamat kami dicapai melalui semangat utuh mengejar matlamat, bertanggungjawab dan komitmen.”

FALSAFAH
Strategi dan langkah adalah untuk mencipta nilai bagi semua yang mempunyai kepentingan berurusan dengan kumpulan ini.

BUDAYA KECEMERLANGAN DAN PROFESIONALISME/CARA KERJA                        
1)      KEUTAMAAN PELANGGAN
Pelanggan kami adalah tujuan kewujudan kami.  Kami komitedkepadamerekadan kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan kami.
2)      INTEGRITI
Integriti dan kejujuran adalah  paling utama dalam segala yang kami lakukan apabila kami mengendalikan perniagaan. Kami akan melayani semua rakan perniagaan dan pesaing dengan penuh kesantunan dan kemuliaan.


3)      KETANGKASAN DAN DAYA KREATIF
Kami berusaha untuk bersikap tabah, responsive dan tangkas dalam urusan kami. Kami tidak gentar untuk menampilkan idea dan pendekatan yang baru.
4)      KUALITI
Segalah asil keluaran kami mewakili Kumpulan AmBank. Kami tidak akan berkompromi
terhadapapa yang perlu dilakukan demi menjaga reputasi Kumpulan.
5)      INISIATIF
Kami diberi kuasa untuk bertanggungjawab keatas segala yang kami lakukan dan berusaha lebih daripada biasa dan mengguna pakai keputusan yang munasabah semasa dalam proses.
6)      KERJASAMA
Kerjasama adalah punca kejayaan kami. Kami sanggupuntukbergandingdengankumpulan yang rasmi dan tidak rasmi, menghargai rakan sekerja serta bekerjasama sepenuh hati denganmereka.
7)      PEMIKIRAN TERBUKA
Semangat berkomunikasi secara terbuka adalah penting
bagi kami. Kami memberi dan menerima kritikan secara membina. Kami sentiasa melayan satu sama lain dengan penuh hormat dan mesra.
8)      PENCAPAIAN DIRI
Kami membimbing, mengembang dan membentuk warga kami agar dapat mencapai potensi mereka yang tertinggi. Kami akan mengolah keupayaan mereka untuk menyumbang dengan bermakna kepada Kumpulan AmBank.



Dalam sesebuah pentadbiran, perlu bagi sesebuah organisasi untuk merekayasakan apa yang organisasi tertentu adabi memenuhi keperluan semasa. Maka, proses reinventing government diperkenalkan, begitu juga dengan Kumpulan Ambank yang turut sama mengamalkan 6 fasa dalam proses tersebut.
Dalam fasa pertama iaitu catalytic government memerlukan pengarah bagi satu-satu ogranisasi memastikan objektif ataupun target organisasi mencapai sasaran. Begitu juga yang dilakukan oleh pengarah Kumpulan Ambank iaitu Yang Bhg Tan Sri Dato’ Azman Hashim dalam memastikan organisasi ini mencapai sasaran targetnya.
Fasa kedua pula ialah competitive government di mana setiap organisasi akan saling bersaing antara satu sama lain bagi memastikan kelangsungan institusi masing-masing. Sebagai contoh, Kumpulan Ambank ini turut sama bersaing dengan institusi kewangan antara CIMB, RHB, MYBANK, BSN, BIMB dan sebagainya.
Fasa ketiga iaitu mission driven government yang mana bagi memerlukan pentadbiran mencapai misi, maka setiap organisasi perlu untuk menjalinkan hubungan dengan agensi lain. Sebagai contohnya Kumpulan Ambank ini telah menjalinkan hubungan dengan Kumpulan ANZ sebagai rakan strategic dan pelabur utama Kumpulan AmBank pada 18 mei 2007 dalam pada memperkasakan institusi kedua belah pihak.  Selain itu, Am ARA REIT Managers Sdn Bhd, usahasama 70:30 antara AIGB dengan ARA Asset Management (Malaysia) Limited, memperbadankan AmFirst REIT sebagai dan aharta institusi. Pada 21 Disember 2006, Am FIRST REIT disenaraikan dalam Bursa Malaysia sebagai REIT harta komersil yang pertama.
Fasa keempat ialah result-oriented government di mana organisasi akan mengambil laporan tahun lalu sebagai instrument untuk memperbaiki pengurusan pada tahun seterusnya. Begitu juga dilakukan oleh Kumpulan Ambank yang mana
Fasa kelima ialah customer government yang mana organisasi-organisasi perlu memenuhi piagam pelanggan dalam memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.Begitu juga dengan kumpulan Ambank berhad yang mengamalkan prinsip KEUTAMAAN PELANGGAN, integriti, ketangkasan dan daya kreatif, kualiti, inisiatif, kerjasama, pemikiran terbuka dan pencapaian diri.Selain itu, Ambank juga menyediakan peti cadangan untuk para pelanggan menyatakan ketidakpuasan hati atau untuk menyampaikan sebarang cadangan dengan perkhidmatan yang diberikan.
Fasa terakhir ialah enterprising government dimana setiap agensi ada produk untuk ditawarkan. Kumpulan Ambank menyediakan perkhidmatan seperti saham, rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan pelaburan, komersil dan runcit yang inovatif.