SEJARAH NEGARA CUBA
Republik Cuba terletak di Pulau Cuba (pulau terbesar
di Kepulauan Antilles Besar), Pulau Pemuda dan beberapa pulau kecil
disekitarnya. Nama “Cuba” berasal dari
perkataan dalam bahasa Taino Cubanacan yang
bermaksud tempat yang sentral.
bermaksud tempat yang sentral.
Negara ini terletak di Karibia utara pada pertemuan Laut Karibia Teluk Mexico dan Samudera Atlantik. Disebelah timur laut Cuba sekitar 144 km terletak Negara Bagian Florida Amerika Syarikat dan Bahama. Di sebelah timurnya terdapat Kepulauan Turks dan Caicos serta Haiti. Sementara di sebelah barat terdapat Mexico. Kepulauan Cayman dan Jamaika terletak di sebelah selatan dari hujung timur Cuba. Keluasan Cuba lebih kecil daripada Pulau Jawa.
Cuba
merupakan pengeluar gula terbesar di dunia setelah Brazil. Walaupun gula merupakan pengeluar utama iaitu
sebanyak 85% daripada eksportnya namun penduduknya masih merupakan penduduk
yang menggunakan gula terbanyak setelah Kosta Rika.
Cuba
pertama kali dikunjungi oleh bangsa Eropah ketika Christopher Columbus pertama
kali mendarat pada 28 oktober 1492 di hujung timur Cuba di Cazigazgo, daerah
Baracoa. Diego Velazquez de Cuellar
memimpin Sepanyol, menakluk penduduk peribumi dan menjadi gabenor Cuba untuk
Sepanyol pada 1511 dan membangunkan sebuah Vila di Baracoa, yang menjadi ibu
kota pertama pulau itu. Pada tahun 1518
tempat ini telah menjadi pusat Keuskupan dari uskup pertama di Cuba.
Antara
1895 dan awal 1898 revolusi menguasai sebahagian besar daerah desa dan kota,
namun usaha Sepanyol untuk menguasai kota-kota besar terhenti setelah Amerika
Syarikat menang dalam Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Cuba merdeka pada tahun 1902, walaupun
dihalang oleh Amandemen Platt, yang memberikan kepada Amerika Syarikat pengaruh
besar dalam urusan-urusan Cuba dan menggalakkan Cuba menyewakan Teluk
Guantanamo kepada Amerika Syarikat.
Tomas Estrada Palma (1902-1906) adalah presiden pertama dan terpilih
Cuba pada masa itu. Dengan menggunakan
fasal-fasal dalam Amandemen Platt tentera Amerika Syarikat telah menduduki Cuba
untuk kali kedua pada tahun 1906 sehingga 1909. Amandemen Platt dibuang pada
1934, namun penyewaan Teluk Guantanamo di teruskan dengan bayaran nominal.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Peta Negara Cuba
Secara geografinya Cuba dahulu berada di Pasifik, dan
melintang antara Amerika Utara dan Selatan sebelum mereka disatukan dan kini
dikenali sebagai Florida Cuba, 65 juta tahun yang lalu. Pulau Cuba yang memanjang ini kira-kira 1200
km panjangnya adalah pulau yang terbesar di daerah Karibia dan dibatasi
disebelah Utara oleh Selat Florida dan Samudra Atlantik, disebelah barat laut
oleh Teluk Mexico, disebelah barat oleh Selat Yucatan, di selatan oleh Laut
Karibia, dan di sebelah timur oleh arus angin.
Republik ini terdiri dari keseluruhan pulaunya, termasuk sejumlah pulau
yang ada disekitarnya.
Pulau
utamanya adalah pulau ke-16 terbesar di dunia.
Pulau ini umumnya terdiri dari tanah yang datar dan dataran yang naik
turun, dengan bukit-bukit dan gunung-ganang yang lebih terjal terutama
dibahagian tenggara dan titik tertingginya adalah Pico Real del Turquino dengan
ketinggian 2.005 m. Iklim setempat
tropis, meskipun arus angin membuatkannya agak sejuk. Musim kering berlangsung antara November
sampai April, dan musim hujan dari Mei hingga Oktober.
Havana
adalah kota terbesar dan ibu kotanya, kota-kota utamanya yang lain adalah
Santiago de Cuba dan Camaguey.
Sebahagian dari kota-kota yang lebih kecil adalah Baracoa yang merupakan
mukim orang-orang Sepanyol pertama di Cuba, serta Trinidad dan Bayamo.
DEMOGRAFI CUBA
Penduduk Cuba dalam jumlah ribuan (1961-2003)
Menurut CIA World Factbook, 51% penduduk Cuba adalah mulatto
(campuran kulit putih dan hitam), 37% kulit putih, 11% kulit hitam, dan 1%
Tionghoa. Penduduk Tionghoa di Cuba
berasal dari orang-orang Tionghoa yang dibawa ke Cuba pada abad ke-19 untuk
membangun jalan-jalan kereta api dan bekerja di tambang-tambang, seperti yang
berlaku di Amerika Syarikat pada masa yang sama. Namun setelah pekerjaan itu selesai,
kebanyakkan mereka tidak mampu membayar untuk pulang kembali ke Tiongkok dan
akhirnya menetap di pulau itu.
Masih
terdapat sedikit ketegangan sosial diantara rakyat. Namun demikian, di Santiago de Cuba ada
sejumlah penduduk Jamaika yang cukup besar jumlahnya yang menderita kerana
mempunyai citra sebagai orang yang malas. Orang kulit putih seringkali
mempunyai pekerjaan yang lebih tinggi meskipun Cuba mengamalkan sosialis. Cuba juga mempunyai orang-orang non-Cuba yang
tidak diketahui jumlahnya. Penduduk ini
termasuk para pembelot dari Amerika Syarikat seperti Phillip Agee, para aktivis
asing dengan perbagai alasan yang radikal dan sejumlah penduduk kesukuan
seperti orang-orang Berber Sahara.
Cuba
mempunyai tingkat kelahiran yang rendah.
Tingkat kesuburan untuk setiap wanita adalah 1 hingga 5 anak (pada
1995-2000), tingkat ini adalah yang terendah dari Negara di bahagian barat
(sama dengan Kanada dan Barbados).
Faktor yang menyebabkannya ialah kebajikan Cuba tentang aborsi atas
permintaan. Cuba mempunyai tingkat
aborsi yang tinggi, iaitu 77,7 aborsi per 1.000 perempuan pada usia 15 hingga
44 pada tahun 1996. Ini adalah tingkat
ke-3 tertinggi di dunia di antara 55 buah Negara yang tingkat aborsinya
tersedia dalam sebuah PBB pada 1999.
Pengguguran yang selektif terhadap kehamilan berisiko tinggi adalah
sebuah faktor yang menyebabkan rendahnya tingkat kematian bayi di Cuba iaitu 5
hingga 8 per seribu kelahiran (state of the World’s Children 2005). Namun, tingkat aborsi yang tinggi dan tingkat
kelahiran yang sangat rendah ini, telah mengingatkan akan Eropah Timur dan
Rusia pada masa komunis dahulu, menyebabkan menyusutnya jumlah penduduk Negara
itu pada masa akan datang secara mengejut, meskipun hal ini belum terjadi
kerana jumlah orang lanjut usia masih sedikit.
POLITIK
Fulgencio
Batista 1937
Fidel
Castro
Fidel
Castro 2003
Raul Castro
Cuba atau Republica
de Cuba merupakan salah satu Negara yang masih mengamalkan sistem
pemerintahan autokrasi-totalitarian.
Fidel Alejandro Castro Ruz merupakan pemimpin Cuba dengan membangunkan Republik Cuba menjadi negara sosialis berhaluan
sosialis-komunis (Marxis-Lenin) di bawah kepimpinan parti tunggal Parti
Komunis Cuba (Communist Party of Cuba).
Undang-undang pemerintahan atau perlembagaan Cuba menyatakan bahawa “Parti Komunis
Cuba adalah tonggak utama masyarakat dan negara”. Mereka dianggap
sebagai warganegara teladan kerana dipandang sebagai pendokong kuat
revolusi. Parti juga membuat cadangan
mengenai pembangunan masa depan revolusi, dan mengkritik
kecenderungan-kecenderungan yang dianggap anti-revolusioner. Parti ini mempunyai pengaruh yang secara
relatif luas di Cuba, namun otoritinya lebih bersifat moral, bukan legal. Parti Komunis Cuba adalah satu-satunya parti
politik yang legal, parti lain tiada.
Pemilihan umum diadakan dengan surat suara rahsia, dan rakyat berusia 16
tahun ke atas berhak memilih. Rakyat
mencalonkan dan memilih calon untuk Dewan Perwakilan Perbandaran (Municipal). Calon-calon untuk Dewan Nasional dicalonkan
oleh Dewan Perbandaran dan dipilih dengan Ya atau Tidak. Bila calon tidak mendapatkan lebih dari 51%
suara, undian akan diulang.
Kekuasaan legislatif secara nominal berada di tangan Dewan Nasional
Kekuasaan Rakyat kecuali untuk dua kali dalam setahun, kekuasaan legislatif
dilaksanakan oleh 31 orang anggota dari Dewan Negara yang dipilih oleh Majlis
Nasional daripada anggota-anggotanya.
Kekuasaan eksekutif secara rasminya berada pada Dewan Menteri sebuah
kabinet besar yang terdiri dari 8 anggota Dewan Negara, ketua-ketua jabatan
nasional, dan orang-orang lainnya.
Sebuah jawatan kuasa Eksekutif yang lebih kecil, terdiri dari
anggota-anggota yang lebih penting dari Dewan Menteri, mengawasi urusan-urusan
biasa.
Cuba menjalankan kerjasama dengan Soviet Union dalam arena politik dan
ekonomi semenjak Fidel Castro berkuasa.
Walau bagaimanapun setelah Soviet Union runtuh pada tahun 1991, Cuba mengalami masalah ekonomi dalam negeri yang sangat hebat. Namun, Cuba tak pernah menyerah terhadap
segala usaha pemencilan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan masih berdiri
diatas kaki sendiri.
Castro sebagai pemimpin yang paling lama berkuasa di dunia. Sebagai negara autolitarian, hanya terdapat
parti tunggal dan syarikat buruh tunggal iaitu Sentral Buruh Cuba (Central
de Trabajadores de Cuba-CTC). Fidel
Castro, juga dikenali sebagai Comandante, beliau memerintah sehingga
2008 dan digantikan oleh adiknya iaitu Raul Modesto Castro Ruz.
PERGOLAKAN
POLITIK
Fulgencio
Batista merupakan pemimpin yang diktator yang berkuasa sejak 1956 namun,
berjaya digulingkan oleh Castro menyebabkan Batista melarikan diri pada 1
Januari 1959. Dengan ini, Castro dan
penyokongnya menduduki Havana dan membentuk pemerintahan baru dengan Castro
sebagai ketua negara.
Castro
menyertai politik pada tahun 1947 dengan menyertai kudeta diktator Republik
Dominika Rafael Trujillo. Castro
mendapat ancaman bunuh dari pihak lawan politiknya dan melarikan diri ke New
York, USA. Semasa pelariannya, Castro
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan mendapat gelaran doktor
pada tahun 1950. Beliau kembali ke Cuba
dan kembali menyertai tunjuk perasaan dan memimpin gerakan bawah tanah anti-pemerintah
disebabkan pengambilalihan kuasa pemerintahan oleh Fulgencio Batista pada tahun
1952. Seterusnya pada 1953, Castro
memimpin serangan ke barak militer Moncada Santiago de Cuba, tetapi mengalami
kegagalan. Malah, seramai 69 orang dari
111 orang yang menyertai serangan ini tewas dan Castro ditangkap serta
dipenjara selama 15 tahun.
Walau
bagaimanapun, Castro mendapat pengampunan dan dibebaskan pada 15 Mei 1955, maka
beliau terus mara memimpin pasukannya untuk penggulingkan diktator
Batista. Peperangan ini kemudian dikenal
dengan Gerakan 26 Julai. Pada 7
Julai 1955, beliau melarikan diri ke Mexico dan bertemu dengan pejuang revolusioner
Che Guevara. Bersama 82 orang lainnya,
beliau kembali ke Cuba pada 2 Desember 1956 dan melakukan peperangan gorila
selama 25 bulan di Pegunungan Sierra Maestra.
Usaha menggulingkan pemerintahan yang sedang berkuasa ini berjaya dan
pemerintahan baru pun terbentuk di Cuba dengan Castro sebagai presiden Cuba.
Castro
dengan beraninya mengharungi segala rintangan dan halangan yang berlaku di
Cuba. Di kancah internasional, Castro
mula mengumpul kekuatan untuk melawan dominasi Amerika Syarikat dan bekas negara
Soviet Union dengan berkerjasama bersama Hugo Chávez di Venezuela dan Evo
Morales dari Bolivia.
Fulgencio
Batista yang menjawat Presiden Cuba selama 2 dekad dikenali sebagai pemimpin
diktator yang brutal yang memimpin Cuba sejak 1933. Pada tahun 1944, berakhirlah pemerintahan
Batista dan beliau meninggalkan Cuba.
Namun, 8 tahun kemudian Batista melancarkan peperangan dan berhasil
memimpin kembali Cuba. Hampir kesemua
bidang pemerintahan dikawal sepenuhnya oleh Batista samada ekonomi, pendidikan,
media dan sebagainya. Selain itu,
Batista juga mengambil wang negara.
Batista berjaya disingkirkan dari pemerintahan pada tahun 1959, melalui
Revolusi Cuba yang dipimpin oleh Fidel Castro.
Batista secara rahsia ke luar negara dan selalu berpindah tempat tinggal,
sehingga meninggal pada 1973 di Guadalamina, Sepanyol.
SISTEM PENDIDIKAN
Semua
sekolah di Cuba berada dibawah Kementerian Pendidikan dan bertanggunjawab dalam
menjaga kebajikan rakyatnya terutamanya anak-anak. Pada tahun 1976, pemerintah lebih menekankan
hal ehwal pendidikan. Pendidikan
di Cuba telah diselenggarakan oleh negara mereka sendiri. Sistem Pendidikan di Cuba telah mengalami
pertumbuhan yang dramatis, baik secara kuantitatif mahupun kualitatif, guru
menjadi komponen yang sangat penting dalam pertumbuhan walaupun mengalami
krisis ekonomi sejak 1990an tetapi Cuba tetap menaruh harapan yang besar
terhadap sistem pendidikan.
Kebijaksanaan
Presiden Cuba iaitu Fidel Castro yang sanggup mempertahankan sistem pendidikan
sebagai suatu yang terbaik dan layak menjadi model pendidikan negara dunia
ketiga. Menurut laporan Kementerian
Pendidikan Cuba, 98% penduduknya telah mengenal abjad. Dengan kata lain, sistem pendidikan di Cuba
telah berada pada tahap yang sama dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
Malah
dalam sistem pendidikan ini juga, setiap warga negara wajib mendapatkan
pendidikan dan mereka tidak perlu risau tentang pembiayaan kewangan pendidikan
kerana segala pembelanjaan dalam pendidikan akan ditanggung oleh negara
termasuklah penyediaan gedung dan tenaga pengajar. Malah pemerintah juga turut menyediakan
peralatan sekolah dan makanan bagi 2 juta Siswa di negara tersebut.
Komitmen
yang telah di berikan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan tetap di teruskan
walaupun pemerintah mengurangkan kos untuk pembaikan sekolah sejak lima tahun
kebelakangan ini. Justeru, pemerintah
tetap berusaha meningkatkan kos yang lebih besar lagi sehingga populasi
masyarakat dapat di imbangi dengan jumlah sekolah. Tambahan pula, pemerintah turut memberi 300
ribu unit telivisyen monitor dan komputer buatan dari China kepada
sekolah-sekolah dan rumah anak yatim serta miskin.
EKONOMI
Cuba
sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi sosialis yang berpegang pada
prinsip “from each according to his
capacity, to each according to his work” yang membawa makna setiap individu
itu sesuai dengan kapasitinya, dan untuk setiap individu itu sesuai dengan
pekerjaannya.
Pasal
15 Konstitusi Cuba 1992 menetapkan bahawa kekayaan negara sosialis adalah
menjadi kekayaan milik seluruh rakyat meliputi:
a) tanah yang tidak tergolong
kepada petani kecil atau koperasi dibentuk oleh mereka, subtanah, lombong,
sumber galian, tumbuhan dan haiwan di kawasan maritim Republik hutan, ekonomi,
perairan dan cara komunikasi;
b)
kilang gula, kilang, cara ketua pengangkutan dan semua orang perusahaan,
bank-bank dan kemudahan yang telah dinegarakan dan dirampas, kilang-kilang,
perusahaan dan kemudahan ekonomi dan saintifik, sosial, budaya dan pusat-pusat
sukan yang dibina, dipupuk atau dibeli oleh kerajaan dan orang-orang yang akan
dibina, dipupuk atau dibeli oleh kerajaan pada masa depan.
Pihak
perindustrian pemilikan swasta telah membuka sektor swasta secara kecil-kecilan
dengan pembelian dan penjualan perumahan dan kereta dan inisiatif ini telah
menampakkan peningkatan dalam perusahaaan kecil dari 160 ribu kepada 400 ribu
antara tahun 2010 hingga tahun 2012.
Cuba
bergantung pada ladang tembakaunya yang menghasilkan produk rokok dan cerut
bermutu tinggi. Selain itu, antara
aktiviti harian lain bagi menjana pendapatan ada yang menjual cenderamata,
menjual lukisan dan sebagainya dan hanya bergantung kepada hasil jualan
tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Maka, pemerintah Cuba, Raul
Castro telah memulakan konsep
baru iaitu reformasi ekonomi bagi mengatasi permasalahan yang membelenggu warga
Cubaini.
Akan
tetapi, pergolakan politik dan sistem yang tidak berteraskan ekonomi seperti
tampuk pemerintahan yang bertukar 5 tahun sekali ini sering memberikan kesan
kepada warga Cuba ini. Namun, ekonomi
Cuba semakin menampakkan penambahbaikan dari masa ke masa kini.
BUDAYA
Cuba merupakan sebuah negara yang terletak di
kepulauan Caribbean yang cukup dikenali dengan tempat-tempat yang menarik
seperti Pantai Caribbean. Selain
dikenali sebagai negara pembuatan cerut yang bermutu tinggi, ramai yang tidak
mengetahui bahawa negara itu mempunyai keindahan dan keunikan budaya hasil
daripada pengaruh budaya masyarakat Sepanyol, Afrika dan Amerika Utara. Keunikan dan keindahan budaya Cuba dapat
dilihat melalui kepelbagaian makanan, muzik, sastera dan seni lukisan yang
dihasilkan oleh masyarakat di negara tersebut.
a. Kepelbagaian makanan
Masakan dan makanan Cuba sangat dipengaruhi oleh
Sepanyol, Cina, Portugis, Arab dan sebagainya.
Makanannya terkenal dengan tiga istilah iaitu khinzir panggang, congri
dan beer (arak). Congri merupakan
makanan masyarakat Cuba yang terdiri daripada campuran beras putih dan kacang
hitam. Selain itu, Cuba juga terkenal
dengan makanan ‘Tostada’ iaitu sarapan yang terdiri daripada mentega dan roti
Cuba dan sebagainya.
b. Muzik dan tarian
Masyarakat Cuba terkenal dengan tarian. Antara tarian
yang popular adalah :
1. Tarian Mambo
2. Tarian Cha cha
3. Tarian Salsa
c. Kesenian
Selain terkenal dengan makanan, muzik, Cuba juga
terkenal dengan kesenian seperti lukisan seni jenis cetakan dan seramik. Cuba
juga mempunyai ramai pelukis yang terkenal antaranya Nelson Dominguez, Belkis
Ayon Manson dan sebagainya. Karya- karya
pelukis ini dapat dilihat di Casa Cuba,
sebuah galeri di Bukit Peringgit, Melaka.
BUDAYA
Cuba merupakan sebuah negara yang terletak di
kepulauan Caribbean yang cukup dikenali dengan tempat-tempat yang menarik
seperti Pantai Caribbean. Selain
dikenali sebagai negara pembuatan cerut yang bermutu tinggi, ramai yang tidak
mengetahui bahawa negara itu mempunyai keindahan dan keunikan budaya hasil
daripada pengaruh budaya masyarakat Sepanyol, Afrika dan Amerika Utara. Keunikan dan keindahan budaya Cuba dapat
dilihat melalui kepelbagaian makanan, muzik, sastera dan seni lukisan yang
dihasilkan oleh masyarakat di negara tersebut.
a. Kepelbagaian makanan
Masakan dan makanan Cuba sangat dipengaruhi oleh
Sepanyol, Cina, Portugis, Arab dan sebagainya.
Makanannya terkenal dengan tiga istilah iaitu khinzir panggang, congri
dan beer (arak). Congri merupakan
makanan masyarakat Cuba yang terdiri daripada campuran beras putih dan kacang
hitam. Selain itu, Cuba juga terkenal
dengan makanan ‘Tostada’ iaitu sarapan yang terdiri daripada mentega dan roti
Cuba dan sebagainya.
b. Muzik dan tarian
Masyarakat Cuba terkenal dengan tarian. Antara tarian
yang popular adalah :
1. Tarian Mambo
2. Tarian Cha cha
3. Tarian Salsa
c. Kesenian
Selain terkenal dengan makanan, muzik, Cuba juga
terkenal dengan kesenian seperti lukisan seni jenis cetakan dan seramik. Cuba
juga mempunyai ramai pelukis yang terkenal antaranya Nelson Dominguez, Belkis
Ayon Manson dan sebagainya. Karya- karya
pelukis ini dapat dilihat di Casa Cuba,
sebuah galeri di Bukit Peringgit, Melaka.
KONFLIK
Pencerobohan
Amerika Syarikat ke Teluk Babi mengalami kegagalan, kepemimpinan Castro menjadi
suatu titik awal ketegangan antara Amerika Syarikat dan Cuba. Castro dan negara-negara Amerika Latin
menganggapnya sebagai komander kerana ia yang pertama kali menyuarakan suara
keras kepada Amerika Syarikat.
Sejak Castro berkuasa, Amerika Syarikat secara progresif
telah melakukan undang-undang yang dimaksudkan dengan mengasingkan Cuba secara
sekatan ekonomi dan sebagainya, seperti menghukum warga Amerika Syarikat yang
berhibur di Cuba. Pencerobohan Teluk
Babi pada April 1961 oleh sejumlah pelarian Cuba yang didukung Amerika Syarikat
gagal kerana presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy meninggalkan para
penyerbu kerana bimbang akan melibatkannya secara rasmi. Revolusi urban yang diharapkan gagal dan
Brigade 2506 telah diabaikan. Ini
kerana, Soviet Union telah memperingatkan Castro dengan memerintahkan sejumlah
hukuman mati serta penangkapan besar-besaran terhadap mereka yang terlibat
dengan gerakan kontra-revolusi.
Akibatnya sekolah-sekolah dan gereja disita, para pemberontak ditangkap
dan diusir secara besar-besaran. Di
wilayah-wilayah tengah yang bersifat luar bandar, peperangan melawan para bandit
(sekitar 1959-1965) ditindas oleh pihak Castro yang lebih ramai. Banyak pendukung dan pemberontak yang dihukum
mati dan dihantar pulang secara dalaman.
Pada tanggal 6 Mei 1959 pemerintah Cuba mengatur hak
pemilikan tanah secara perseorangan.
Implikasi ini mengakibatkan pengambil alihan kebun yang banyak dimiliki
oleh perusahaan Amerika Syarikat. Ini
menambahkan kebencian Amerika Syarikat kepada Castro. Selepas itu, Cuba menandatangani perjanjian
pembelian minyak dengan Soviet Union menyebabkan presiden Amerika Syarikat
iaitu Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba.
Krisis peluru berpandu Cuba bermula ketika Soviet Union
menempatkan peluru berpandu nuklear di Cuba pada 1962. Oleh itu, Amerika Syarikat melakukan sekatan
di perairan internasional menyebabkan masyarakat percaya bahawa dunia akan
ditimpa dengan bencana nuklear. Soviet
Union mundur, bersetuju untuk menyingkirkan peluru berpandu dengan imbalan
janji Amerika Syarikat untuk menyingkirkan peluru berpandu nuklear seperti di
Turki dan tidak menyerang Cuba lagi.
Dengan ini,, Amerika Syarikat tidak lagi mengancam Cuba secara terbuka,
namun Amerika Syarikat masih terlibat dalam kegiatan-kegiatan rahsia yang
sangat terperinci untuk membunuh Castro, iaitu Projek Cuba.
Castro dan Amerika Syarikat bersama dalam Perang Dingin. Dalam serangan teroris yang terkenal pada
1976 terhadap Penerbangan Cuba 455 di mana 73 orang meninggal dunia akibat
dirancang oleh lawan-lawan Castro yang dirancang oleh CIA yang beroperasi dari
Venezuela. Amerika Syarikat juga mendukung
kelompok-kelompok pengganas anti-Castro di Miami dalam serangan-serangan mereka
terhadap Cuba. Pada April 1980, lebih dari 10,000
orang Cuba menyerbu kedutaan besar Peru di Havana untuk memperoleh perlindungan
politik. Castro mengizinkan sesiapa yang
ingin meninggalkan negara itu melalui pelabuhan Mariel. Dalam misi penyelamatan Mariel dengan kapal,
lebih dari 125,000 orang Cuba bermigrasi ke Amerika Syarikat. Akhirnya Amerika Syarikat menghentikan arus
kapal-kapal itu dan Cuba menghentikan eksodus yang tidak terkendali itu.