Sunday, March 10, 2013

Organisasi Agama :Terengganu (JHEAT) VS Sabah (JHEAINS)


JoM KIta liHaT aPA Beza jABaTAn AGAma tEReNgGaNU dEngAn sAbaH bah......

 ( JHEAT)

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah ditubuhkan pada tahun 1912M/1331H dengan nama Pejabat Pesuruhjaya Agama dan Keadilan. Jawatan ketua jabatan dikenali dengan nama Shaikul Islam. Pada 25 september 1919 nama ketua jabatan ditukar kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

            Sejarah penempatan bangunan JHEAT, bermulanya di Balai Besar (dalam kawasan Istana Maziah). Seterusnya pejabat JHEAT telah bertapak di tapak pejabat pos besar. Bangunan JHEAT telah berpindah ke tapak Wisma Darul Iman ( pejabat besar), setelah itu pejabat JHEAT berpindah ke bangunan Engku Bijaya Raja (bangunan persatuan sejarah sekarang. Ibu pejabat JHEAT telah bertapak pada bekas rumah Dato’ Amar. Setelah itu ibu pejabat JHEAT telah berpindah ke rumah Syed Husin Al-Bukhari (jalan Syed Husin). Kemudian ibu pejabat JHEAT telah bertapak di tapak wisma persekutuan, dan beralih ke tapak wisma Darul Iman dan beralih pula ke wisma negeri dari tahun 1977 sehingga 1998. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mendirikan ibu pejabat di Kompleks Seri Iman pada 12 disember 1998 sehingga sekarang.



Misi JHEAT
Merealisasikan matlamat dan wawasan Kerajaan Negeri kearah menjadikan Islam sebagai Ad-din.
Visi JHEAT
Melahirkan keluarga Islam yang berdaya saing dan berpegang kepada ajaran agama.
Objektif
Melahirkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup ( Ad-Din ) meliputi aspek akidah, akhlak, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN JHEAT
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab melahirkan satu sistem pentadbiran yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab selaras dengan pengurusan Islam di dalam pengurusan sumber manusia dan kewangan.
Bahagian ini merupakan nadi pentadbiran jabatan di samping bertindak sebagai penyelaras dan 
urusetia kepada bahagian-bahagian lain. Ianya dibahagikan kepada tiga unit kecil:
a.       Unit Pentadbiran/ Perkhidmatan
Unit ini bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan yang merangkumi perkara pengambilan, penempatan, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, pencen, cuti peperiksaan, kenderaan / perumahan / komputer.

b.      Unit Kewangan
Unit ini mengawal peruntukan dan mengurus perbelanjaan sejajar dengan kehendak peraturan kewangan dan kehendak islam.

c.       Unit Pembangunan
Unit ini bertanggungjawab merancang, mentadbir dan mengawasi projek-projek pembangunan keagamaan. Selain itu, menguruskan keperluan sekolah agama negeri/ masjid/ surau. Unit ini juga mengawasi keselamatan jabatan, menyelia kenderaan, pembaikian bangunan sekolah/ masjid/ surau dan memberi kebenaran permohonan kutipan derma khairat.

d.      Unit ICT
Unit ini bertanggungjawab mengawal/ menyelenggara sistem di JHEAT.

Bahagian Dakwah
Bahagian Dakwah bertanggungjawab membentuk masyarakat yang memahami konsep Islam dan menjalani  kehidupan sejajar dengan ajaran Islam. Selain itu, bahagian ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas melahirkan masyarakat yang menghayati Islam sepenuhnya berdasarkan kehendak Al-Quran dan Al- Sunnah yang berteraskan aqidah islamiah.

Objektif bahagian ini ialah, membentuk masyarakat yang memahami konsep Islam dan menjalani 
kehidupan yang sejajar dengan falsafah Islam.
Bahagian dakwah terbahagi kepada tiga unit iaitu, Unit Dakwah, Unit Qaryah dan Unit Ukhuwah. 
Selain daripada tiga unit tersebut terdapat satu unit Takmir Masjid yang terletak di bawah kelolaan 
JAKIM.
Bahagian ini juga menguruskan perkhidmatan seperti:
·         Mengurus semua aktiviti keagamaan seperti permohonan kelas pengajaran, ceramah, kuliah, kursus-kursus, forum, usrah, seminar, dan lain-lain.
·         Menyediakan majalah, risalah, dan sebaran penerangan keagamaan kepada masyarakat.
·         Menyediakan khutbah jumaat.
·         Memastikan masjid/ surau dapat diimarahkan.
·         Menguruskan hari-hari perayaan agama seperti Majlis Tilawah, Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan sebagainya.
·         Khidmat kauseling kepada pesakit di hospital.
·         Menyediakan khidmat nasihat mengenai penamaan nama anak.
·         Menguruskan kebajikan Saudara Baru.
Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

Bahagian Undang-Undang Pengurusan Keluarga
Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan keluarga Islam, merancang, mengurus, dan mengendalikan Kursus Pra Perkahwinan. Selain itu, bahagian ini juga memberi khidmat nasihat keluarga Islam, menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan dalam enakmen pentadbiran keluarga Islam 1985, dan membina dan menyelia sistem pendaftaran perkahwinan berkomputer (E-Munakahat).
Terdapat empat unit utama di bahagian undang-undang pengurusan keluarga iaitu:
1)      Unit Pentadbiran Am
2)      Unit Pembangunan Keluarga
3)      Unit Khidmat Nasihat
4)      Unit Pendaftaran ( Nikah, Cerai dan Rujuk)

Bahagian Zakat
Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu berbeza dengan negeri-negeri lain kerana pengurusan berkaitan zakat tidak di kendalikan oleh JHEAT tetapi diuruskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di unit pengurusan zakat.



JHEAINS
Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bermula pada 1 Januari 1996. Sebelum itu, Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Tugas dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh MUIS telah dibahagikan kepada tiga (3) buah agensi yang telah dijabatankan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemuftian dan Jabatan Kehakiman Syariah.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan agensi Jabatan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri, Sabah. JHEAINS ditubuhkan  melalui Kertas Kabinet Bil.25/95, RCC.101/469 Jld.3, 11 Ogos 1994 bagi melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) adalah berfungsi menggubal dasar dan polisi berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sabah dan mengawasi pelaksanaan dasar berhubung dengan pentadbiran keadilan. Selain itu, MUIS berfungsi menasihat Yang DiPertua Negeri dalam perkara-perkara tertentu yang disebut dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah No. 5 Tahun 2004 dan Enakmen-enakmen lain yang berkaitan.
Rasional penubuhan JHEAINS adalah selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun 2004.
Tanggungjawab utamanya ialah melaksanakan polisi-polisi yang digubal oleh MUIS, menguatkuasakan undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, perceraian dan rujuk serta nafkah dan penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; mengurus tadbir pembinaan, penyelenggaraan dan pengimarahan masjid/surau; pelaksanaan dan pemantauan aktiviti dakwah dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah disamping beberapa orang Ketua Penolong Pengarah (KPP), dan pegawai staf yang berbagai-bagai jawatan dan pangkat.
Visi
Menjadi sebuah institusi berwibawa dalam mengembangkan syiar Islam dan melahirkan masyarakat sejahtera.
 Misi
Mewujudkan pengurusan hal ehwal Islam yang cekap & berkesan.

Matlamat
Menjadi sebuah organisasi contoh dalam mengangkat martabat ummah ke arah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat berasaskan nilai-nilai taqwa.
Objektif
Mengurus hal ehwal islam melalui pendidikan, dakwah dan undang-undang syariah untuk mencapai kesejahteraan ummah.

Fungsi
  • Melaksanakan Enakmen dan Dasar-dasar yang digubal oleh Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS).
  • Melaksana, memantau dan mengukuh aktiviti dakwah.
  • Menguatkuasa dan melaksana Undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk, serta nafkah dan penjagaan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.
  • Mengawal sekolah-sekolah agama Islam.
  • Membina dan mengurus tadbira sekolah agama negeri, masjid, surau dan taman perkuburan.
  • Melaksana pengurusan makanan dan bahan gunaan Islam (HALAL) Negeri Sabah.
  • Perkara-perkara lain berhubung dengannya serta menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan yang digariskan dalam Enakmen-Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.
 Nilai Bersama
Warga JHEAINS berpegang kepada Tujuh (7) Nilai Bersama dalam melaksanakan misinya ke arah pencapaian visi yang ditetapkan iaitu:
1.      Jati diri
Mempunyai jati diri yang tinggi di dalam mengharungi cabaran untuk memartabatkan agama Islam.
 Harmoni
Sentiasa menyemai rasa harmoni di kalangan warga JHEAINS dan masyarakat Islam.

3.      Etika
Mengamalkan etika kerja yang efisyen dan sistematik.
  Amanah
Sentiasa mengamalkan sikap amanah dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.

5.      Iman, Ikhlas dan Integriti
Berkhidmat dengan penuh keimanan dan keikhlasan di dalam melaksanakan tugas dan sentiasa meningkatkan integriti dikalangan warga JHEAINS.

6.      Nilai-nilai Murni
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni terutama dikalangan warga JHEAINS dan mendidik masyarakat Islam supaya menjalin ikatan silaturrahim sesama insan.
Semangat Kerja Berpasukan
Memupuk dan menanamkan semangat kerja berpasukan (amal jamaie) di kalangan warga JHEAINS bagi memperkasakan organisasi.
Carta Organisasi


Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan

Pengenalan
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan merupakan nadi utama kepada perjalanan aktiviti jabatan berlandaskan dasar & peraturan-peraturan perkhidmatan awam. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran am, pengurusan perjawatan, pengurusan latihan & kerjaya, dan pengurusan kewangan jabatan yang membantu visi, misi dan objektif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar tercapai.
Bahagian ini mempunyai 4 unit iaitu, Unit Perkhidmatan & Perjawatan, Unit Pentadbiran & Pengurusan, Unit Latihan & Kerjaya, dan Unit Kewangan & Akaun.

Fungsi
  • Pengurusan Pentadbiran Am
  • Pengurusan Perjawatan
  • Pengurusan Latihan & Kerjaya
  • Pengurusan Kewangan
Carta Organisasi

Bahagian Dakwah
Pengenalan
Bahagian Dakwah telah ditubuhkan pada 17 Jun 1979 di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan nama Badan Dakwah Negeri Sabah. Ia dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang dipengerusikan oleh T.Y.T Yang Dipertua Negeri Sabah. Pada 01 Januari 1996, Bahagian ini diserapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP).
Bahagian Dakwah terdiri daripada Unit Dakwah, Unit Ukhuwah & Kaunseling, Unit Rumah Anak Yatim dan Baitul Ehsan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memberikan penghayatan Islam secara keseluruhan, membendung pengaruh penyelewengan akidah, menyelaras proses pengislaman serta mengendali dan mengurus hal ehwal anak-anak yatim.
Fungsi
  • Memberikan penghayatan Islam secara menyeluruh.
  • Membendung pengaruh penyelewengan akidah.
  • Menyelaraskan program-program dakwah & ceramah 
Bahagian Pendakwaan
Pengenalan
Bahagian Pendakwaan telah diwujudkan pada 01 Januari 1996 iaitu serentak dengan penubuhan JHEAINS. Namun, ianya hanya berfungsi secara rasminya pada 01 Julai 1996 apabila Ketua Pendakwa Syar'ie Negeri Sabah yang dilantik pada 15 Jun 1996 memulakan tugasnya. Sebelum itu Bhagian Pendakwaan digabungkan dengan Bahagian Penguatkuasa dan Penyiasatan yang dikenali ketika itu sebagai bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan.

Bahagian Pendakwaan dipimpin oleh Ketua Pendakwa Syar'ie KPS yang melaksanakan tugas bagi pihak Negeri Sabah sebagaimana watikah yang telah diberikan daripada Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah. Berdasarkan kepada peruntukan sub-seksyen 30 (1) Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004, kedudukan KPS adalah setaraf dengan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. KPS juga diberikuasa budi bicara melalui peruntukan dalam sub-seksyen 30 (2) Enakmen mahkamah Syariah (Sabah) 2004 dan berkuasa untuk memutuskan sesuatu pendakwaan dan memulakan apa-apa prosiding sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 181 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Sabah) 2004.
Motto: "Pendakwaan Untuk Keadilan"

Fungsi Utama
1. Mengeluarkan Perintah Menyiasat
2. Menyemak, meneliti dan mengeluarkan arahan atas penyempurnaan Kertas Siasatan (IP).
3. Mengawal dan mengarahkan semua pendakwaan ke atas pesalah Syariah dan seterusnya memula dan menjalankan semua prosiding pendakwaan bagi kesalahan syariah di Mahkamah Syariah.
4. Meneliti semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah untuk tujuan rayuan atau sebaliknya.
5. Memberi nasihat kepada Bahagian-Bahagian di JHEAINS yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.
6. Menyebar luaskan maklumat mengenai undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.
7. Membantu menggubal undang-undang mengenai hal ehwal Islam.
Bahagian Zakat
Nisab ialah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta (Mal) menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu sebanyak 85 gram atau 20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab untuk pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.

Bahagian Pentadbiran Syariah
Nikah, Cerai & Rujuk
Kursus Praperkahwinan Islam diwajibkan kepada semua bakal pengantin yang ingin berkahwin samada pernah berkahwin ataupun pertama kali.