Thursday, March 7, 2013

TuGaSAN MiNggUaN kAmi


LAHAD DATU & MALAYSIAN SOVEREIGNIY DARI PERSPEKTIF NEOREALISME

kAli ini kAmI Akan MeNceriTAkAN Isu haNgAt MeNgEnaI lAhAD dAtU vs SulU dArI pERspEktIf nEoReAliSme: GaPo pUlAk nEoReAliSme Tu.....MaI AdIK...KaKAk KitEW bAca saMo DeH....

Neo-realisme merupakan sebuah teori yang dicetuskan oleh Kenneth Waltz dalam bukunya yang berjudul Theory of Internasional Politics (1979). Dalam pandangan teorinya yang terbaik iaitu memfokuskan kepada struktur sistem, unit-unit yang berinteraksi, kesinambungan dan perubahan sistem. Neorealis sering juga disebut ‘Realisme Struktural’ yang beranggapan bahawa manusia terdiri daripada beberapa struktur sistem yang bekerjasama, begitu pula dengan negara yang seharusnya dilihat dari segala aspek strukturalnya bukan hanya aspek kekuasaan atau politik sahaja. 
Keadaan ini  menggambarkan sistem politik internasional secara keseluruhan, dengan darjat struktur dan unit yang berbeza dan berhubungan pada masa bersamaan, neorealisme mewujudkan autonomi politik internasional. Teori ini berupaya menyangkal pernyataan bahawa adalah mungkin untuk menjangkakan keadaan politik internasional dari komposisi dalaman negara (Waltz dalam Burchiil & Linklater, 2009:115). Struktur dalaman negara sangat tidak relevan bagi sikap internasional mereka. Apa yang penting adalah posisi negara dalam susunan kekuatan global. Contoh AS dan Uni Soviet mempunyai perbezaan yang mendasar mengenai pandangan politik mahupun sosialnya, namun sikap mereka semasa perang dingin benar-benar sama. Sama-sama mencari kekuasan tentera, pengaruh, eksploitasi wilayah dan lain-lain.
Fahaman neorealis menekankan pentingnya struktur dan meremehkan potensi negara untuk mengubah sistem internasional. Neorealisme mengimplikasikan bahawa, dalam bentuknya yang sekarang, negara bangsa adalah kini kekal dalam sistem antarabangsa. Dan, selalu ada kecenderungan untuk ‘tidak stabil‘ dalam sistem internasional, namun hal ini boleh dicegah jika negara ‘dominan‘ memainkan peranan dalam kepemimpinan atau hegemonis ( Charles Kindleberger dalam Steans & Pettiford, 2009:77). Neo-realis juga berfikir bahawa pengaruh anarki internasional dapat dikurangi atau diringankan dengan kewujudan institusi dan juga cenderung berfikir bahawa masalah kemanan adalah yang realisme terutama bagi negara dan sangat memperhatikan isu kepentingan nasional. Selain itu, mereka lebih menekankan kepada kajian keamanan dan fokus pada kuasa dan kehidupan. Berbeza dengan Neo-Liberalis, Neo-realis menjelaskan bahawa semua negara harus dikaitkan dengan relatif keuntungan yang dihasilkan dari usaha-usaha perjanjian dan kerjasama internasional.
Selain itu dalam perdebatan Neo-Neo ini yang terjadi bukanlah intersection (pemisahan) namun pendekatan (saling mengakomodir). Bahkan terdapat asimilasi atau perkawinan antara varian dalam Neo-liberalis dan Neo-Realis. Disini dicontohkan tentang Teori Hegemonic Stability dalam teori tersebut ada unsur dari Liberalis yang dibawa iaitu nilai-nilai demokrasi dan perdagangan bebas, sedangkan unsur yang dibawa oleh realis adalah kenyataan bahawa adanya keperluan untuk menjadi hegemon. Pandangan Neo-Liberalis dan Neo-Realis juga berbeza dengan realis dan liberalis klasik, jika mereka memandang suatu kes dari faktor dalaman, maka Neo-liberalis dan Neo-Realis memandang segala tindakan yang dilakukan oleh negara merupakan existing structure (reaksi negara sama saja terhadap sistem anarki dunia internasional) (Dugis 2010).
Jadi, terlepas dari segala perbezaan pandangan dalam beberapa hal, Neo-Liberalis dan Neo-Realis sama-sama menekankan struktur dalam sistem internasional, organisasi internasional merupakan hal yang mutlak bagi kerjasama namun kewujudannya sangat bergantung kepada negara.

Kerajaan Malaysia sejak dulu lagi telah menggunakan konsep kesederhanaan dalam menyelesaikan konflik dan krisis yang melibatkan masyarakat antarabangsa. Jika pembangkang tidak suka dengan cara ini, bermakna memang benarlah bahawa pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat lebih gemar menggunakan pendekatan kekerasan, kekejaman dan huru-hara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, tidak heranlah perjuangan Pakatan Rakyat hari ini lebih banyak berkisar mengenai demonstrasi jalanan berbanding dengan aktiviti turun padang membantu rakyat yang sangat memerlukan bantuan.

Kesederhanaan sememangnya telah menjadi teras dasar Malaysia dalam menghadapi konflik yang melibatkan kepentingan dua atau lebih buah negara, dan ia telah terbukti menjadi elemen penting dan berjaya mengekalkan hubungan baik antara negara-negara. Dalam mengendalikan hubungan antarabangsa, Malaysia telah memastikan supaya negara menggunakan pendekatan mengikut peraturan, mengadakan perbincangan konstruktif, rundingan, dialog dan perbincangan lanjut sebelum kata putus dapat dicapai untuk kebaikan kedua belah pihak. Dan inilah pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes pencerobohan tentera Filipina di Lahad Datu.

Konsep kesederhanaan ini terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina apabila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina bersetuju berdamai setelah kedua-dua pihak mengambil pendekatan kesederhanaan yang disarankan oleh Malaysia. Malaysia juga mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik di sabah.

Pemberian hak kerakyatan kepada warga asing, iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan. 

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud. 

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia. 
Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati. 
Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

Lahad Datu juga merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan. Lahad Datu penyumbang sosio-ekonomi yang terbesar di Sabah untuk jangka masa panjang dengan hasil perladangan yang luas terutamanya dari sumber kelapa sawit. Sumber pertanian lain yang memberi sumbangankepada ekonomi daerah ini termasuklah kelapa kering (kopra), getah dan koko. Dari segi perikanan (hasil laut) seperti ikan, udang harimau dan kertas, ketam bakau atau ketam kasturi dan rumpai laut juga merupakan salah satu sumber ekonomi.

Persetujuan dilakukan oleh perdana menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman menerusi suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
            Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai. Mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu. Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.
            Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga perang dunia ke-2. Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu. Pada tahun 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada Tanah Melayu, tetapi setahun selepas itu Filipina menerusi pimpinan Macapagal menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pimpinan parti rakyat Brunei. Selepas itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.
            Pada 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat iaitu bersetuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi. Tuntutan waris sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi. Jelasnya walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia.
  adO BaNYaK lAgi AwOK ae....TuNgGu......heheeh

GeNgkApAk pUnyAi sEJaRaH MeNgEnAi......SaBaH vs SuLu



                               SABAH DAN KESULTANAN SULU





Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan. 
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawankepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Ketika penjajahan Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan tersebut dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00 setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang amanah.

Beberapa tahun yang lalu kerajaan Malaysia dikejutkan oleh tuntutan daripada pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu ke atas negeri Sabah. Sehingga kini, kerajaan Filipina sendiri mendakwa punya hak ke atas Sabah dan menuntutnya daripada kerajaan Malaysia.

            Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.

            Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.
Ada cadangan agar sultan Sulu itu diterima menjadi Sultan Sabah. Dengan itu, sabah akan jadi sepertimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung yang ada sultan masing-masing Namun, cadangan ini hanyalah cakap-cakap kedai kopi. Kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah punya minat terhadap idea sebegini.

Zaman kesultanan sudah berlalu. Sultan yang ada dewasa ini hanyalah warisan yang dikekalkan dan tidak tahu selama mana ia akan terus kekal. Tidak akan berlaku lagi sebagaimana zaman dahulu di mana seorang sultan bagi wilayah dan empayar baru dinobatkan. Rakyat sesebuah negara dalam dunia hari ini sudah mendapat pendedahan ilmu pengetahuan dan bukan lagi berjiwa hamba yang menjadi ciri utama rakyat yang bersultan. Rakyat lebih suka memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri berdasarkan hukum merit.

Sekarang bukan lagi zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri paling berprestij dan menjadi impian mat jenin untuk dikahwini rakyat. Kini wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!

Apa untungnya buat rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada, hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa. Kononnya, akan terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan. Jika kita melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya, kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi terhadap tanah negeri mereka sendiri.

Islam menyuruh kita memilih orang yang paling mempunyai keahlian untuk memimpin. Apabila pemimpin yang dipilih bukan ahlinya, kata Nabi SAW dalam hadisnya, tunggulah sa'at kemusnahan dan kehancuran. Keahlian kepimpinan bukan dinilai berdasarkan darah dan keturunan. Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan dan darah Sultan. Keturunan tetap dari bani Adam. Darah tetap merah juga. Dari satu sudut yang lain, keturunan sultan tidak lebih baik daripada rakyat biasa. Jika ditoleh asal muasal macam mana seorang sultan mula wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari sejarah yang penuh konflik. Pada zaman manusia menggunakan hukum rimba, siapa kuat dialah yang menang, siapa kaya dialah yang berkuasa, muncullah para pemuka pelbagai kumpulan menguasai dan kadang-kadang menindas rakyat.

              Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan, ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.

          Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Itulah gambaran golongan istana pada zaman hindu di alam Melayu. Dewata itu hanya metos orang Hindu. Kemudian, setelah Islam, dibina metos baru.Kononnya asal-usul keturunan raja-raja Melayu adalah dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnain dan puteri Aqtabul Bahri dari negara sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.

Justeru, kalau mahu melantik Sultan, carilah orang paling tinggi merit dalam masyarakat. Realiti politik dunia hari ini, orang yang sebegini tidak lagi dinamakan sultan. Sultan itu datang daripada keturunan tertentu. Kerana bukan mulia dan hebat keturunan yang melahirkan salasilah sultan-sultan, dasar apa untuk kita memenjarakan akal fikiran kita mencari-cari titis keturunan sultan Sulu buat dinobatkan di Sabah. Kalaupun nenek moyang mereka pernah menjabat kedudukan istimewa di rantau Sulu, nenek moyang mereka jugalah yang menjual, memajak dan melepaskan pegangangan ke atas tanah Sabah ini. Lagipun, nenek moyang mereka itu bukanlah peribumi yang lahir di bumi Sulu.
Bukankah pengasas kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dan dari Johor pula? Siapa dia, sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan. Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih mengenali watak dan perangai orang Arab dalam dunia terbuka pada hari ini.

Kesimpulannya, kisah kesultanan Sulu itu kisah sejarah. Kita sedang melangkah ke hadapan dan tidak perlu berpatah balik ke belakang. Negeri kita telah merdeka dan bebas. Bebas dari cengkaman penjajah. Bebas juga dari pemerintahan kuku besi yang menggunakan nama kesultanan. Rakyat telah mendapat hak bersuara dan memilih pemimpin pilihannya sendiri. Usahlah kita terhimbau dengan sekerat cerita hikayat yang diriwayatkan penulis-penulis silam yang menggambarkan kegemilangan pemerintahan kesultanan. Ia bukan kegemilangan rakyat, tetapi kegemilangan elit pemerintah yang terpilih dan membanggakan kerabat dan keturunan mereka.

PUNCA PENCEROBOHAN LAHAD SABAH OLEH PENCEROBOH SULU

§  Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
§  Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
§  Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
§  Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia.