Thursday, March 7, 2013

TuGaSAN MiNggUaN kAmi


LAHAD DATU & MALAYSIAN SOVEREIGNIY DARI PERSPEKTIF NEOREALISME

kAli ini kAmI Akan MeNceriTAkAN Isu haNgAt MeNgEnaI lAhAD dAtU vs SulU dArI pERspEktIf nEoReAliSme: GaPo pUlAk nEoReAliSme Tu.....MaI AdIK...KaKAk KitEW bAca saMo DeH....

Neo-realisme merupakan sebuah teori yang dicetuskan oleh Kenneth Waltz dalam bukunya yang berjudul Theory of Internasional Politics (1979). Dalam pandangan teorinya yang terbaik iaitu memfokuskan kepada struktur sistem, unit-unit yang berinteraksi, kesinambungan dan perubahan sistem. Neorealis sering juga disebut ‘Realisme Struktural’ yang beranggapan bahawa manusia terdiri daripada beberapa struktur sistem yang bekerjasama, begitu pula dengan negara yang seharusnya dilihat dari segala aspek strukturalnya bukan hanya aspek kekuasaan atau politik sahaja. 
Keadaan ini  menggambarkan sistem politik internasional secara keseluruhan, dengan darjat struktur dan unit yang berbeza dan berhubungan pada masa bersamaan, neorealisme mewujudkan autonomi politik internasional. Teori ini berupaya menyangkal pernyataan bahawa adalah mungkin untuk menjangkakan keadaan politik internasional dari komposisi dalaman negara (Waltz dalam Burchiil & Linklater, 2009:115). Struktur dalaman negara sangat tidak relevan bagi sikap internasional mereka. Apa yang penting adalah posisi negara dalam susunan kekuatan global. Contoh AS dan Uni Soviet mempunyai perbezaan yang mendasar mengenai pandangan politik mahupun sosialnya, namun sikap mereka semasa perang dingin benar-benar sama. Sama-sama mencari kekuasan tentera, pengaruh, eksploitasi wilayah dan lain-lain.
Fahaman neorealis menekankan pentingnya struktur dan meremehkan potensi negara untuk mengubah sistem internasional. Neorealisme mengimplikasikan bahawa, dalam bentuknya yang sekarang, negara bangsa adalah kini kekal dalam sistem antarabangsa. Dan, selalu ada kecenderungan untuk ‘tidak stabil‘ dalam sistem internasional, namun hal ini boleh dicegah jika negara ‘dominan‘ memainkan peranan dalam kepemimpinan atau hegemonis ( Charles Kindleberger dalam Steans & Pettiford, 2009:77). Neo-realis juga berfikir bahawa pengaruh anarki internasional dapat dikurangi atau diringankan dengan kewujudan institusi dan juga cenderung berfikir bahawa masalah kemanan adalah yang realisme terutama bagi negara dan sangat memperhatikan isu kepentingan nasional. Selain itu, mereka lebih menekankan kepada kajian keamanan dan fokus pada kuasa dan kehidupan. Berbeza dengan Neo-Liberalis, Neo-realis menjelaskan bahawa semua negara harus dikaitkan dengan relatif keuntungan yang dihasilkan dari usaha-usaha perjanjian dan kerjasama internasional.
Selain itu dalam perdebatan Neo-Neo ini yang terjadi bukanlah intersection (pemisahan) namun pendekatan (saling mengakomodir). Bahkan terdapat asimilasi atau perkawinan antara varian dalam Neo-liberalis dan Neo-Realis. Disini dicontohkan tentang Teori Hegemonic Stability dalam teori tersebut ada unsur dari Liberalis yang dibawa iaitu nilai-nilai demokrasi dan perdagangan bebas, sedangkan unsur yang dibawa oleh realis adalah kenyataan bahawa adanya keperluan untuk menjadi hegemon. Pandangan Neo-Liberalis dan Neo-Realis juga berbeza dengan realis dan liberalis klasik, jika mereka memandang suatu kes dari faktor dalaman, maka Neo-liberalis dan Neo-Realis memandang segala tindakan yang dilakukan oleh negara merupakan existing structure (reaksi negara sama saja terhadap sistem anarki dunia internasional) (Dugis 2010).
Jadi, terlepas dari segala perbezaan pandangan dalam beberapa hal, Neo-Liberalis dan Neo-Realis sama-sama menekankan struktur dalam sistem internasional, organisasi internasional merupakan hal yang mutlak bagi kerjasama namun kewujudannya sangat bergantung kepada negara.

Kerajaan Malaysia sejak dulu lagi telah menggunakan konsep kesederhanaan dalam menyelesaikan konflik dan krisis yang melibatkan masyarakat antarabangsa. Jika pembangkang tidak suka dengan cara ini, bermakna memang benarlah bahawa pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat lebih gemar menggunakan pendekatan kekerasan, kekejaman dan huru-hara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, tidak heranlah perjuangan Pakatan Rakyat hari ini lebih banyak berkisar mengenai demonstrasi jalanan berbanding dengan aktiviti turun padang membantu rakyat yang sangat memerlukan bantuan.

Kesederhanaan sememangnya telah menjadi teras dasar Malaysia dalam menghadapi konflik yang melibatkan kepentingan dua atau lebih buah negara, dan ia telah terbukti menjadi elemen penting dan berjaya mengekalkan hubungan baik antara negara-negara. Dalam mengendalikan hubungan antarabangsa, Malaysia telah memastikan supaya negara menggunakan pendekatan mengikut peraturan, mengadakan perbincangan konstruktif, rundingan, dialog dan perbincangan lanjut sebelum kata putus dapat dicapai untuk kebaikan kedua belah pihak. Dan inilah pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes pencerobohan tentera Filipina di Lahad Datu.

Konsep kesederhanaan ini terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina apabila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina bersetuju berdamai setelah kedua-dua pihak mengambil pendekatan kesederhanaan yang disarankan oleh Malaysia. Malaysia juga mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik di sabah.

Pemberian hak kerakyatan kepada warga asing, iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan. 

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud. 

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia. 
Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati. 
Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

Lahad Datu juga merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan. Lahad Datu penyumbang sosio-ekonomi yang terbesar di Sabah untuk jangka masa panjang dengan hasil perladangan yang luas terutamanya dari sumber kelapa sawit. Sumber pertanian lain yang memberi sumbangankepada ekonomi daerah ini termasuklah kelapa kering (kopra), getah dan koko. Dari segi perikanan (hasil laut) seperti ikan, udang harimau dan kertas, ketam bakau atau ketam kasturi dan rumpai laut juga merupakan salah satu sumber ekonomi.

Persetujuan dilakukan oleh perdana menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman menerusi suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
            Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai. Mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu. Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.
            Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga perang dunia ke-2. Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu. Pada tahun 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada Tanah Melayu, tetapi setahun selepas itu Filipina menerusi pimpinan Macapagal menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pimpinan parti rakyat Brunei. Selepas itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.
            Pada 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat iaitu bersetuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi. Tuntutan waris sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi. Jelasnya walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia.
  adO BaNYaK lAgi AwOK ae....TuNgGu......heheeh

No comments:

Post a Comment