Saturday, March 9, 2013

IsLam Vs sIKh


Agama Islam dan Agama Sikh

ISLAM

Islam merupakan agama samawi yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia pertama yang diciptakan iaitu Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w, rasul utusan Allah yang terakhir. Islam dari sudut makna membawa maksud pemahaman dan konsep yang sangat luas. Ia bukan hanya terbatas kepada aspek akidah dan kepercayaan semata-mata, tau ibadat-ibadat tertentu sahaja tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Manakala dari sudut bahasa Islam membawa maksud “ menyerah dan tunduk”  kepada Allah dalam semua aspek dan urusan hidup. Dari segi istilah pula membawa maksud agama yang mengandungi peraturan-peraturan hidup manusia,rohani dan jasmani, dunia dan akhirat yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada pesuruhNya Nabi Muhammad sebagai satu petunjuk dan cara hidup untuk semua manusia.

Allah ta’ala berfirman,
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
“Muhammad itu bukanlah seorang ayah dari salah seorang lelaki diantara kalian, akan tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi.” (QS. Al Ahzab: 40)
Allah ta’ala juga berfirman

Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.

1. RABBANIYYAH
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.

Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:

i. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

ii. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

2. SYUMULIYYAH
 Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.

Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).

Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

i. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.

ii. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

iii. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

iv. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

v. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

3. ALAMIYYAH
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

i. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.

ii. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.

iii. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

WAQI'IYYAH
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

INQILABIYYAH
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.

TSABAT WA MURUNNAH
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.


SIKH
Manakala bagi agama sikh pula atau sikhisme merupakan sebuah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan Sembilan orang pengikutnya yang juga dipanggil sebagai Guru di Punjab, India pada abad ke-15 Masihi. Agama ini juga dianggap sebagai agama yang termuda dari segi usianya berbanding agama-agama lain yang telah wujud lebih awal. Perkataan Sikh berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “ shisya” yang bermeksud pelajar. Oleh yang demikian, sesiapa yang mengikuti ajaran kesemua 10 orang guru dalam Sikhisme dipanggil sebagai Sikh.

 simbol 5 k dalam agama sikh....


5k merupakan simbol seorang lelaki yang beragama Sikh. Panj kakaar merupakan Kesh, Kanga, Kara, Kirpan dan Kachha. Ia di perkenalkan oleh guru yang ke 10 agama Sikh, Guru Gobind Singh di Baisakhi Amrit Sanchar pada tahun 1699, dan diwajibkan pakai sepanjang masa. Hari tersebut di rayakan sebagai hari Vaisakhi atau Baisakhi, pada 14 April setiap tahun oleh penganut agama Sikh.

Setiap lelaki Sikh yang mengamalkan “Panj Kakaar” dipercayai pahlawan Tuhan yang ditugaskan untuk melindungi orang-orang yang lemah tanpa perbezaan agama dan bangsa. Amalan dan perintah dari Guru tersebut telah di ikuti oleh penganut agama Sikh sehingga ke hari ini.

Kesh (rambut yang tidak dipotong)
Setiap lelaki pengikut agam Sikh, wajib bersihkan rambut, sikat baik-baik, ikat rambut dan dilindunginya dengan “phage” (serban). Menjaga dan menutup rambut merupakan sebuah tanda penghormatan kepada Guru dan Tuhan. Menjaga dan membersihkan rambut juga merupakan sebuah latihan kesabaran kepada mereka. Oleh kerana pengikut agam Sikh telah dilarang dari memotong rambut, mereka menutup rambut dari tercemar dengan kekotoran dan kerosakan. Menjaga rambut dan mengikat serban juga merupakan sebuah langkah melindungi Chakra Sahasrara (crown Chakra). Kesh hanya akan dibuka semasa masuk tidur.

Kanga (Sikat)
Kanga merupakan sikat yang diperbuat daripada kayu. Setiap pengikut agama Sikh akan menyimpan sebuah sikat berasingan untuk menyikat dan membersihkan rambut mereka; dari habuk dan kekotoran. Sikat tersebut akan disimpan dalam rambut, dan diikat dengan serban.

Kara (Gelang di tangan kanan)
Kara merupakan gelang tangan yang diperbuat daripada campuran beberapa logam khas. Kara dipercayai dapat mengawal minda, tekanan dan melindungi diri dari niat jahat dan gangguan makhluk halus. Gelang tersebut dipercayai dapat mengimbangkan feminin dan maskulin di badan manusia dan juga di percayai dapat memberikan tenaga dan kekuatan kepada badan manusia. Kara juga merupakan identiti khas pengikut agama Sikh dan pada masa yang sama gelang tersebut mengingatkan tuannya kepada tugas mereka di dunia iaitu untuk berkhidmat kepada Tuhan, Guru dan manusia yang lain. Kara juga dapat mengelakkan manusia dari membuat kejahatan. Apabila seorang Sikh ingin membuat sebarang kejahatan, apabila melihat gelang tangannya dia akan tersedar bahawa dia lahir ke dunia ini untuk melindungi manusia dan bukan menyusahkan mereka.

Kirpan (Pisau kecil)
Kirpan merupakan sebilah pisau kecil yang sentiasa di simpan oleh setiap lelaki dan wanita yang beragama Sikh, selepas di restui dengan air suci (Amrit) oleh 5 orang ustaz Sikh yang digelar “Panj Pyare”. Pisau tersebut biasanya sepanjang 6 dan 9 inci sahaja. Kirpan di simpan demi melindungi diri sendiri dan membantu orang lain semasa kecemasan.
Pisau tersebut dipercayai ada ilmu dan kebolehan khas. Pisau tersebut akan mengikatkan tugasnya kepada pengikut agama Sikh sebagai pahlawan Tuhan, Guru dan melindungi orang yang lemah.

Kachha (Seluar dalam pendek)
Kachha merupakan seluar pendek yang diperbuat daripada kain kapas (Cotton). Seluar tersebut melindungi lelaki dari pinggang sehingga ke lutut. Seluar tersebut dipercayai dapat mengawal suhu badan, menguatkan otot dan urat; ia juga dipercayai dapat mengawal nafsu lelaki.
 

P/S:DEKAT  PAGE NIE KITAORANG XCERITA LEBIH LANJUT MENGENAI AGAMA ISLAM KERANA RATA-RATA U ALL DAH TAU MENGENAI ISLAM…ISLAM IS PERFECT FOR ALL MUSLIM.....kami bangga dengan agama kami...we luv islam...



1 comment:

  1. slm,apakah hukum mengucapkan slmt hr baisakhi kpd org sikh?

    ReplyDelete