JoM KIta liHaT aPA Beza jABaTAn AGAma tEReNgGaNU dEngAn sAbaH bah......
( JHEAT)
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah ditubuhkan pada
tahun 1912M/1331H dengan nama Pejabat Pesuruhjaya Agama dan Keadilan. Jawatan
ketua jabatan dikenali dengan nama Shaikul Islam. Pada 25 september 1919 nama
ketua jabatan ditukar kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.
Sejarah penempatan
bangunan JHEAT, bermulanya di Balai Besar (dalam kawasan Istana Maziah).
Seterusnya pejabat JHEAT telah bertapak di tapak pejabat pos besar. Bangunan
JHEAT telah berpindah ke tapak Wisma Darul Iman ( pejabat besar), setelah itu
pejabat JHEAT berpindah ke bangunan Engku Bijaya Raja (bangunan persatuan
sejarah sekarang. Ibu pejabat JHEAT telah bertapak pada bekas rumah Dato’ Amar.
Setelah itu ibu pejabat JHEAT telah berpindah ke rumah Syed Husin Al-Bukhari
(jalan Syed Husin). Kemudian ibu pejabat JHEAT telah bertapak di tapak wisma
persekutuan, dan beralih ke tapak wisma Darul Iman dan beralih pula ke wisma
negeri dari tahun 1977 sehingga 1998. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah
mendirikan ibu pejabat di Kompleks Seri Iman pada 12 disember 1998 sehingga
sekarang.
Misi JHEAT
Merealisasikan matlamat dan wawasan
Kerajaan Negeri kearah menjadikan Islam sebagai Ad-din.
Visi JHEAT
Melahirkan keluarga Islam yang
berdaya saing dan berpegang kepada ajaran agama.
Objektif
Melahirkan masyarakat yang
menjadikan Islam sebagai cara hidup ( Ad-Din ) meliputi aspek akidah, akhlak,
ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN JHEAT
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab
melahirkan satu sistem pentadbiran yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab
selaras dengan pengurusan Islam di dalam pengurusan sumber manusia dan
kewangan.
Bahagian ini merupakan nadi pentadbiran
jabatan di samping bertindak sebagai penyelaras dan
urusetia kepada
bahagian-bahagian lain. Ianya dibahagikan kepada tiga unit kecil:
a.
Unit
Pentadbiran/ Perkhidmatan
Unit
ini bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan yang merangkumi
perkara pengambilan, penempatan, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, pencen,
cuti peperiksaan, kenderaan / perumahan / komputer.
b.
Unit
Kewangan
Unit
ini mengawal peruntukan dan mengurus perbelanjaan sejajar dengan kehendak
peraturan kewangan dan kehendak islam.
c.
Unit
Pembangunan
Unit
ini bertanggungjawab merancang, mentadbir dan mengawasi projek-projek
pembangunan keagamaan. Selain itu, menguruskan keperluan sekolah agama negeri/
masjid/ surau. Unit ini juga mengawasi keselamatan jabatan, menyelia kenderaan,
pembaikian bangunan sekolah/ masjid/ surau dan memberi kebenaran permohonan
kutipan derma khairat.
d.
Unit
ICT
Unit
ini bertanggungjawab mengawal/ menyelenggara sistem di JHEAT.
Bahagian Dakwah
Bahagian Dakwah bertanggungjawab membentuk masyarakat yang memahami
konsep Islam dan menjalani kehidupan
sejajar dengan ajaran Islam. Selain itu, bahagian ini berfungsi melaksanakan
tugas-tugas melahirkan masyarakat yang menghayati Islam sepenuhnya berdasarkan
kehendak Al-Quran dan Al- Sunnah yang berteraskan aqidah islamiah.
Objektif bahagian ini ialah,
membentuk masyarakat yang memahami konsep Islam dan menjalani
kehidupan yang
sejajar dengan falsafah Islam.
Bahagian dakwah terbahagi kepada
tiga unit iaitu, Unit Dakwah, Unit Qaryah dan Unit Ukhuwah.
Selain daripada
tiga unit tersebut terdapat satu unit Takmir Masjid yang terletak di bawah
kelolaan
JAKIM.
Bahagian ini juga menguruskan
perkhidmatan seperti:
·
Mengurus
semua aktiviti keagamaan seperti permohonan kelas pengajaran, ceramah, kuliah,
kursus-kursus, forum, usrah, seminar, dan lain-lain.
·
Menyediakan
majalah, risalah, dan sebaran penerangan keagamaan kepada masyarakat.
·
Menyediakan
khutbah jumaat.
·
Memastikan
masjid/ surau dapat diimarahkan.
·
Menguruskan
hari-hari perayaan agama seperti Majlis Tilawah, Maal Hijrah, Maulidur Rasul
dan sebagainya.
·
Khidmat
kauseling kepada pesakit di hospital.
·
Menyediakan
khidmat nasihat mengenai penamaan nama anak.
·
Menguruskan
kebajikan Saudara Baru.
Perkhidmatan
Pengurusan Jenazah
Bahagian Undang-Undang Pengurusan Keluarga
Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan keluarga Islam,
merancang, mengurus, dan mengendalikan Kursus Pra Perkahwinan. Selain itu,
bahagian ini juga memberi khidmat nasihat keluarga Islam, menguatkuasa dan
melaksanakan peruntukan dalam enakmen pentadbiran keluarga Islam 1985, dan
membina dan menyelia sistem pendaftaran perkahwinan berkomputer (E-Munakahat).
Terdapat empat unit utama di
bahagian undang-undang pengurusan keluarga iaitu:
1)
Unit
Pentadbiran Am
2)
Unit
Pembangunan Keluarga
3)
Unit
Khidmat Nasihat
4)
Unit
Pendaftaran ( Nikah, Cerai dan Rujuk)
Bahagian Zakat
Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu berbeza dengan
negeri-negeri lain kerana pengurusan berkaitan zakat tidak di kendalikan oleh
JHEAT tetapi diuruskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(MAIDAM) di unit pengurusan zakat.
JHEAINS
Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bermula pada 1 Januari 1996. Sebelum itu,
Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS). Tugas dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh MUIS telah
dibahagikan kepada tiga (3) buah agensi yang telah dijabatankan iaitu Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemuftian dan Jabatan
Kehakiman Syariah.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) merupakan agensi Jabatan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Ketua
Menteri, Sabah. JHEAINS ditubuhkan melalui Kertas Kabinet Bil.25/95,
RCC.101/469 Jld.3, 11 Ogos 1994 bagi melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama
Islam Negeri Sabah (MUIS). Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) adalah
berfungsi menggubal dasar dan polisi berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam di
negeri Sabah dan mengawasi pelaksanaan dasar berhubung dengan pentadbiran
keadilan. Selain itu, MUIS berfungsi menasihat Yang DiPertua Negeri dalam perkara-perkara
tertentu yang disebut dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah No. 5 Tahun 2004
dan Enakmen-enakmen lain yang berkaitan.
Rasional penubuhan JHEAINS adalah
selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS
berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan
kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun
2004.
Tanggungjawab utamanya ialah
melaksanakan polisi-polisi yang digubal oleh MUIS, menguatkuasakan
undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan,
perceraian dan rujuk serta nafkah dan penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah
agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; mengurus tadbir pembinaan,
penyelenggaraan dan pengimarahan masjid/surau; pelaksanaan dan pemantauan
aktiviti dakwah dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan
tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sebelum ini dilaksanakan oleh
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Jabatan ini
diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah
disamping beberapa orang Ketua Penolong Pengarah (KPP), dan pegawai staf yang
berbagai-bagai jawatan dan pangkat.
Visi
Menjadi sebuah institusi berwibawa dalam mengembangkan
syiar Islam dan melahirkan masyarakat sejahtera.
Misi
Mewujudkan pengurusan hal ehwal Islam yang cekap &
berkesan.
Matlamat
Menjadi sebuah organisasi contoh dalam mengangkat
martabat ummah ke arah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat berasaskan
nilai-nilai taqwa.
Objektif
Mengurus hal ehwal islam melalui pendidikan, dakwah
dan undang-undang syariah untuk mencapai kesejahteraan ummah.
Fungsi
- Melaksanakan
Enakmen dan Dasar-dasar yang digubal oleh Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS).
- Melaksana,
memantau dan mengukuh aktiviti dakwah.
- Menguatkuasa
dan melaksana Undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perkahwinan,
perceraian dan rujuk, serta nafkah dan penjagaan.
- Melaksanakan
penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.
- Mengawal
sekolah-sekolah agama Islam.
- Membina
dan mengurus tadbira sekolah agama negeri, masjid, surau dan taman
perkuburan.
- Melaksana
pengurusan makanan dan bahan gunaan Islam (HALAL) Negeri Sabah.
- Perkara-perkara
lain berhubung dengannya serta menjalankan tugas dan tanggungjawab
melaksanakan perkhidmatan yang digariskan dalam Enakmen-Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.
Nilai Bersama
Warga JHEAINS berpegang kepada Tujuh (7) Nilai Bersama
dalam melaksanakan misinya ke arah pencapaian visi yang ditetapkan iaitu:
1.
Jati diri
Mempunyai jati diri yang tinggi di
dalam mengharungi cabaran untuk memartabatkan agama Islam.
Harmoni
Sentiasa menyemai rasa harmoni di
kalangan warga JHEAINS dan masyarakat Islam.
3.
Etika
Mengamalkan etika kerja yang efisyen
dan sistematik.
Amanah
Sentiasa mengamalkan sikap amanah
dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
5.
Iman, Ikhlas dan Integriti
Berkhidmat dengan penuh keimanan dan
keikhlasan di dalam melaksanakan tugas dan sentiasa meningkatkan integriti
dikalangan warga JHEAINS.
6.
Nilai-nilai Murni
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni terutama dikalangan warga JHEAINS dan mendidik masyarakat Islam supaya
menjalin ikatan silaturrahim sesama insan.
Semangat Kerja Berpasukan
Memupuk dan menanamkan semangat
kerja berpasukan (amal jamaie) di kalangan warga JHEAINS bagi memperkasakan
organisasi.
Carta
Organisasi
Bahagian
Khidmat Pengurusan & Kewangan
Pengenalan
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
merupakan nadi utama kepada perjalanan aktiviti jabatan berlandaskan dasar
& peraturan-peraturan perkhidmatan awam. Bahagian ini juga bertanggungjawab
dalam urusan pentadbiran am, pengurusan perjawatan, pengurusan latihan &
kerjaya, dan pengurusan kewangan jabatan yang membantu visi, misi dan objektif
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar tercapai.
Bahagian ini mempunyai 4 unit iaitu, Unit Perkhidmatan
& Perjawatan, Unit Pentadbiran & Pengurusan, Unit Latihan &
Kerjaya, dan Unit Kewangan & Akaun.
Fungsi
- Pengurusan
Pentadbiran Am
- Pengurusan
Perjawatan
- Pengurusan
Latihan & Kerjaya
- Pengurusan Kewangan
Carta Organisasi
Bahagian Dakwah
Pengenalan
Bahagian Dakwah telah ditubuhkan
pada 17 Jun 1979 di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan nama Badan
Dakwah Negeri Sabah. Ia dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang
dipengerusikan oleh T.Y.T Yang Dipertua Negeri Sabah. Pada 01 Januari 1996,
Bahagian ini diserapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
(JHEAINS) yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP).
Bahagian Dakwah terdiri daripada
Unit Dakwah, Unit Ukhuwah & Kaunseling, Unit Rumah Anak Yatim dan Baitul
Ehsan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memberikan penghayatan Islam
secara keseluruhan, membendung pengaruh penyelewengan akidah, menyelaras proses
pengislaman serta mengendali dan mengurus hal ehwal anak-anak yatim.
Fungsi
- Memberikan
penghayatan Islam secara menyeluruh.
- Membendung
pengaruh penyelewengan akidah.
- Menyelaraskan program-program dakwah & ceramah
Bahagian Pendakwaan
Pengenalan
Bahagian Pendakwaan telah diwujudkan
pada 01 Januari 1996 iaitu serentak dengan penubuhan JHEAINS. Namun, ianya
hanya berfungsi secara rasminya pada 01 Julai 1996 apabila Ketua Pendakwa
Syar'ie Negeri Sabah yang dilantik pada 15 Jun 1996 memulakan tugasnya. Sebelum
itu Bhagian Pendakwaan digabungkan dengan Bahagian Penguatkuasa dan Penyiasatan
yang dikenali ketika itu sebagai bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan.
Bahagian Pendakwaan dipimpin oleh Ketua Pendakwa Syar'ie KPS yang melaksanakan tugas bagi pihak Negeri Sabah sebagaimana watikah yang telah diberikan daripada Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah. Berdasarkan kepada peruntukan sub-seksyen 30 (1) Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004, kedudukan KPS adalah setaraf dengan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. KPS juga diberikuasa budi bicara melalui peruntukan dalam sub-seksyen 30 (2) Enakmen mahkamah Syariah (Sabah) 2004 dan berkuasa untuk memutuskan sesuatu pendakwaan dan memulakan apa-apa prosiding sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 181 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Sabah) 2004.
Bahagian Pendakwaan dipimpin oleh Ketua Pendakwa Syar'ie KPS yang melaksanakan tugas bagi pihak Negeri Sabah sebagaimana watikah yang telah diberikan daripada Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah. Berdasarkan kepada peruntukan sub-seksyen 30 (1) Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004, kedudukan KPS adalah setaraf dengan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. KPS juga diberikuasa budi bicara melalui peruntukan dalam sub-seksyen 30 (2) Enakmen mahkamah Syariah (Sabah) 2004 dan berkuasa untuk memutuskan sesuatu pendakwaan dan memulakan apa-apa prosiding sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 181 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Sabah) 2004.
Motto: "Pendakwaan Untuk Keadilan"
Fungsi Utama
1. Mengeluarkan Perintah Menyiasat
2. Menyemak, meneliti dan mengeluarkan arahan atas penyempurnaan Kertas Siasatan (IP).
3. Mengawal dan mengarahkan semua pendakwaan ke atas pesalah Syariah dan seterusnya memula dan menjalankan semua prosiding pendakwaan bagi kesalahan syariah di Mahkamah Syariah.
4. Meneliti semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah untuk tujuan rayuan atau sebaliknya.
5. Memberi nasihat kepada Bahagian-Bahagian di JHEAINS yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.
6. Menyebar luaskan maklumat mengenai undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.
7. Membantu menggubal undang-undang mengenai hal ehwal Islam.
2. Menyemak, meneliti dan mengeluarkan arahan atas penyempurnaan Kertas Siasatan (IP).
3. Mengawal dan mengarahkan semua pendakwaan ke atas pesalah Syariah dan seterusnya memula dan menjalankan semua prosiding pendakwaan bagi kesalahan syariah di Mahkamah Syariah.
4. Meneliti semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah untuk tujuan rayuan atau sebaliknya.
5. Memberi nasihat kepada Bahagian-Bahagian di JHEAINS yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.
6. Menyebar luaskan maklumat mengenai undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.
7. Membantu menggubal undang-undang mengenai hal ehwal Islam.
Bahagian
Zakat
Nisab ialah paras minimum yang menentukan sesuatu
harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta (Mal)
menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu sebanyak 85 gram atau
20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab untuk
pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.
Bahagian
Pentadbiran Syariah
Nikah, Cerai
& Rujuk
Kursus
Praperkahwinan Islam diwajibkan kepada semua bakal pengantin yang ingin
berkahwin samada pernah berkahwin ataupun pertama kali.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteboleh saya tahu pada tahun berapakah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu berpindah ke Rumah Syed Husin Al Bukhari ( Jalan Syed Husin )? dan mengapakah rumah Sayed Husin digunakan oleh jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sebagai pejabatnya? adakah Sayed Husin tidak mempunyai zuriat untuk diserahkan rumah tersebut? terima kasih atas jawapan dan respon pihak tuan :)