Monday, March 25, 2013

CinTa,bUNgA DAn gLObAliSASI.....



Cinta …mempunyai pengertian yang luas……cinta,..mempunyai pelbagai jenis antaranya:


 1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

Kata cinta sendiri sebenaranya memiliki makna yang luas dan para pakar telah mendefinisikan dan yang pengertiannya sangat rumit, antara lain:
  • Cinta terhadap keluarga
  • Cinta terhadap teman-teman, atau philia
  • Cinta yang romantis atau juga disebut asmara
  • Cinta yang hanya merupakan hawa nafsu atau cinta eros
  • Cinta sesama atau juga disebut kasih sayang atau agape
  • Cinta dirinya sendiri, yang disebut narsisme
  • Cinta akan sebuah konsep tertentu
  • Cinta akan negaranya atau patriotisme
  • Cinta akan bangsa atau nasionalisme
  • Cinta kepada Tuhan

Begitu juga dengan bunga,,,,,terdapat pelbagai jenis bunga mawar,ros,bunga matahahari dan banyak lagi bunga tak terkata bilangannya….tetapi. apa yang kami cuba nak aplikasikan dalam blog iki adalah mengenai cinta,bunga dan globalikasi.apa perkaitanya?cuba kitew fikir………
  
Globalisasi?dahulu cinta hanya terletak pada ibu ayah…tetapi kini cinta mereka terletak pada pakwe and makwe……..Dahulu dalam erti kata nak mengorak anak dara orang mesti melalui keluarga mahupun orang tengah,dan tak payah nak bercinta sangat la katakan…nikmatnya cinta selepas kahwin tengok hasilnya maka ayah kitew kekal selamanya bukan tetapi sekarang semuanya berlainan….




1. Cinta Orang Dulu ada Bukti









Kalau orang dulu-dulu bercinta, mereka menulis surat cinta untuk meluahkan perasaan. Terutama yang berjauhan. Dalam surat tu, ditulis dengan panggilan mesra kanda dan dinda. Dan juga disertakan gambar. Surat tu lah akan disimpan sampai bila-bila sebagai bukti cinta. Bahkan kalau tiada jodoh sekalipun , ia boleh dijadikan kenangan.Tetapi pada zaman sekarang, segala teknologi boleh digunakan untuk menyampaikan cinta. Dengan SMS lah, chat lah, dan banyak lagi. Tetapi semua itu akan dipadamkan, selepas berhubung. Bahkan, orang dulu-dulu meluahkan perasaan face to face , tak macam orang sekarang ni. Dalam Handphone boleh jer kata sesuka hati, tapi bila dah bersemuka pulak lain jadi. 

 
2. Cinta Orang Dulu2 Lebih Beradab

Orang dulu-dulu bercinta dari mata jatuh ke hati. Orang sekarang? Belum jumpa lagi dah jatuh hati.haha..Lepas suka sama suka, orang dulu-dulu jumpa mak bapak, lepas tu merisik, kemudian meminang, dan kahwin. Orang sekarang, asal suka je terus jumpa. Ibu bapa tak perlu tau. Lepas tu, buat maksiat. Mengandung pulak anak luar nikah. Lepas lahir anak, barulah panggil mak bapak, tolong beli susu anak..Nampaknya mak bapak orang sekarang hanya berguna bila dah terberanak.

3. Cinta Orang Dulu-dulu bukan kerana Harta


Orang dulu-dulu bercinta bukan disebabkan harta. Oleh tu orang dulu-dulu bahagia. Mereka bercinta atas dasar suka sama suka. Tapi orang sekarang, fulamak......kalau kerja sebarangan jangan nak try tackle orang pompuan sekarang ni...Muka handsome pun belum tentu dapat beb, kalau poket kosong. Muka tua bangka, rambut putih sekalipun, kalau banyak duit, perempuan2 sekarang tak berfikir panjang..Terus kawin je, walaupun dia tahu orang tu dah ada anak bini..Janji Duit Ade je..

4. Orang dulu-dulu bercinta berlandaskan hukum dan agama


Orang dulu-dulu bercinta tidak melanggar hukum agama. Orang sekarang bercinta berlandaskan nafsu semata-mata.


5. Orang Dulu-dulu Dengar Cakap Mak Bapak



Walaupun cinta dengan si pilihan hati, tetapi jika mak bapak tak bersetuju, dan ada pilihan untuk anak mereka, orang dulu-dulu menerima jodoh yang dipilih oleh ibu bapa dengan redha. Orang sekarang pulak, kalau mak bapak tak bagi kahwin, menikah sembunyi2...Tanpa restu ibu bapa..Sebab tu, orang dulu2 bahagia walaupun bukan dengan pilihan mereka.


6. Orang dulu-dulu bertemu berdua, Orang sekarang kalau bertemu Bertiga.
 
Orang dulu-dulu kalau bertemu dengan pasangan mereka, mereka tak da niat nak buat benda yang tak baik. Kalau bertemu pun mungkin bercerita, berpantun bersama, berbual dan bergurau senda dengan cara yang betul. Orang sekarang, kalau betemu, mesti ada bawak orang ketiga (Iblis) sekali, sebab tu, asal betemu je buat benda tak elok.






7. Orang dulu-dulu susah melafazkan cerai, Orang sekarang, dengan sms pun boleh lafazkan cerai..
"SURAT CINTA: dahulu vs sekarang"
pada korang, apa itu surat cinta?pada SP, surat cinta adalah satu bentuk mesej yang tak boleh dilafazkan dengan mulut, tapi dizahirkan dengan tulisan atau lukisan...faham maksud SP?maksodnyer kalo tak dapat nak cakap, boleh tulis laa...
apa beza surat cinta dahulu dengan sekarang?dahulu,kalo tanya kat mak ayah kita...atau sedara mara kita yang dah lama kawen...mesti diorang buat cmni..diorg tulis surat, pastu upah 20 sen kat sorg budak...pastu budak tu hantar kat kekasih kita...pernah tak diorg buat?ada jugak yang hantar surat cinta sebab kekasih hati jaoh...itu dahulu laa...

sekarang?ada ke lagi orang nk menulis surat cinta ni?zaman sekarang ramai dah pakai komputer...handphone pon dah canggih2 skang...masing-masing dah ade akaun facebook..nk luahkan kate cinta kat facebook jer...hantar je SMS...mesti diorg cakap cmni:"kenapa susah-susah nk tulis sedangkan kita boleh taip jer?""kenapa susah-susah nk cari pensel ngan kertas sedangkan tepon depan mata?"kenapa susah-susah buang tenaga ngan air liur sedangkan boleh relak kat kerusi sambil taip jer?"pada SP,menulis itu lebih indah...sebab apa?kita bukan sahaja menulis...tapi kita sertakan dengan keikhlasan dan kesungguhan dalam menulis surat tu..SP ngaku..SP masih lagi menulis surat cinta...biar la orang nak kate SP ni kolot...tapi pada SP..menulis itu lebih bermakna daripada menaip di tepon atau fb...SP dah lame amalkan tulis surat cinta ni sejak darjah 4 lagi...jadi SP tak rasa janggal...anda bagaimana?masih menulis ke?atau menaip di tepon dan fb jer?SP sekadar luahkan pendapat...korang boleh je nak try...SP galakkan..sebab ape?sebab melatih tulisan kita supaya cantik...dan melatih teknik dan gaya penulisan kita...sekian dulu deh...hahahahaha..