SABAH DAN KESULTANAN SULU
Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful
Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan
Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu
Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud
tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703,
Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada
Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei.
Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawankepada Sultan Qudarat
dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat
dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu.
Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Ketika penjajahan
Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan
tersebut dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai
ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan
ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun
beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu
dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00
setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya
sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang
amanah.
Beberapa tahun yang lalu kerajaan Malaysia
dikejutkan oleh tuntutan daripada pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu
ke atas negeri Sabah. Sehingga kini, kerajaan Filipina sendiri mendakwa punya
hak ke atas Sabah dan menuntutnya daripada kerajaan Malaysia.
Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.
Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

Ada cadangan agar sultan Sulu itu diterima
menjadi Sultan Sabah. Dengan itu, sabah akan jadi sepertimana negeri-negeri
Melayu di Semenanjung yang ada sultan masing-masing Namun, cadangan ini
hanyalah cakap-cakap kedai kopi. Kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah punya
minat terhadap idea sebegini.
Zaman kesultanan sudah
berlalu. Sultan yang ada dewasa ini hanyalah warisan yang dikekalkan dan tidak
tahu selama mana ia akan terus kekal. Tidak akan berlaku lagi sebagaimana zaman
dahulu di mana seorang sultan bagi wilayah dan empayar baru dinobatkan. Rakyat
sesebuah negara dalam dunia hari ini sudah mendapat pendedahan ilmu pengetahuan
dan bukan lagi berjiwa hamba yang menjadi ciri utama rakyat yang bersultan.
Rakyat lebih suka memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri berdasarkan
hukum merit.
Sekarang bukan lagi
zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang
lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih
pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang
lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri
paling berprestij dan menjadi impian mat jenin untuk dikahwini rakyat. Kini
wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!
Apa untungnya buat
rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan
wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada,
hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia
menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik
tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal
bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal
tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan
wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa. Kononnya, akan
terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan
Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan. Jika kita
melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah
milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa
banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di
negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan
sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya,
kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi
terhadap tanah negeri mereka sendiri.
Islam menyuruh kita
memilih orang yang paling mempunyai keahlian untuk memimpin. Apabila pemimpin
yang dipilih bukan ahlinya, kata Nabi SAW dalam hadisnya, tunggulah sa'at
kemusnahan dan kehancuran. Keahlian kepimpinan bukan dinilai berdasarkan darah
dan keturunan. Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan dan darah Sultan.
Keturunan tetap dari bani Adam. Darah tetap merah juga. Dari satu sudut yang
lain, keturunan sultan tidak lebih baik daripada rakyat biasa. Jika ditoleh
asal muasal macam mana seorang sultan mula wujud dalam masyarakat Melayu, ia
bermula dari sejarah yang penuh konflik. Pada zaman manusia menggunakan hukum
rimba, siapa kuat dialah yang menang, siapa kaya dialah yang berkuasa,
muncullah para pemuka pelbagai kumpulan menguasai dan kadang-kadang menindas
rakyat.
Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan, ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.
Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Itulah gambaran golongan istana pada zaman hindu di alam Melayu. Dewata itu hanya metos orang Hindu. Kemudian, setelah Islam, dibina metos baru.Kononnya asal-usul keturunan raja-raja Melayu adalah dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnain dan puteri Aqtabul Bahri dari negara sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.

Justeru, kalau mahu
melantik Sultan, carilah orang paling tinggi merit dalam masyarakat. Realiti
politik dunia hari ini, orang yang sebegini tidak lagi dinamakan sultan. Sultan
itu datang daripada keturunan tertentu. Kerana bukan mulia dan hebat keturunan
yang melahirkan salasilah sultan-sultan, dasar apa untuk kita memenjarakan akal
fikiran kita mencari-cari titis keturunan sultan Sulu buat dinobatkan di Sabah.
Kalaupun nenek moyang mereka pernah menjabat kedudukan istimewa di rantau Sulu,
nenek moyang mereka jugalah yang menjual, memajak dan melepaskan pegangangan ke
atas tanah Sabah ini. Lagipun, nenek moyang mereka itu bukanlah peribumi yang
lahir di bumi Sulu.
Bukankah pengasas
kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dan dari Johor pula? Siapa dia,
sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan.
Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih
mengenali watak dan perangai orang Arab dalam dunia terbuka pada hari ini.
Kesimpulannya, kisah
kesultanan Sulu itu kisah sejarah. Kita sedang melangkah ke hadapan dan tidak
perlu berpatah balik ke belakang. Negeri kita telah merdeka dan bebas. Bebas
dari cengkaman penjajah. Bebas juga dari pemerintahan kuku besi yang
menggunakan nama kesultanan. Rakyat telah mendapat hak bersuara dan memilih
pemimpin pilihannya sendiri. Usahlah kita terhimbau dengan sekerat cerita
hikayat yang diriwayatkan penulis-penulis silam yang menggambarkan kegemilangan
pemerintahan kesultanan. Ia bukan kegemilangan rakyat, tetapi kegemilangan elit
pemerintah yang terpilih dan membanggakan kerabat dan keturunan mereka.
PUNCA
PENCEROBOHAN LAHAD SABAH OLEH PENCEROBOH SULU
§
Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata
(M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol).
Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
§
Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130
kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris
berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
§
Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan
Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan
nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
§
Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan
mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia.
No comments:
Post a Comment