JAKIM TERIMA KUNJUNGAN DEPARTMEN AGAMA INDONESIA
Delegasi pertama pada 16 Januari 2009
diketuai oleh Dr.H.Rudi Subiyantoro, Pengarah Bahagian Kerjasama Luar Negeri,
manakala rombongan kedua pada 19 Januari 2009 diketuai oleh Haji Mubarok,
Pengarah Biro Hukum dan Kerjasama Luar Negeri. Kunjungan ke Jakim merupakan
salah satu atur cara lawatan kerja delegasi Departemen Agama RI selama beberapa
hari ke Malaysia.
Dalam perbincangan yang
dijalankan, anggota delegasi didedahkan dengan peranan dan fungsi JAKIM secara
menyeluruh melalui persembahan video korporat JAKIM dalam bahasa Melayu. Pada
sesi dialog, kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan maklumat berkenaan isu
pendidikan agama Islam, undang-undang kekeluargaan Islam, pengurusan halal dan
Darul Quran.
Majlis diakhiri dengan
penyampaian cenderamata daripada pihak JAKIM dan kedua-dua pihak berharap agar
kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara akan diteruskan pada masa
akan datang.
MAKLUMAT DAN PENGALAMAN
DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN HALAL
Isu pengurusan dan pensijilan halal di Malaysia merupakan inti
pati utama perbincangan antara Jakim dan delegasi Southern Border
Provinces Administrative Centre (SBPAC) pada satu pertemuan bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8, Jakim pada 11 Julai 2011 bersamaan 9 Syaaban
1432H. Pertemuan dipengerusikan oleh Tuan Hj Che Leh Bin Che Ali, Ketua
Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan, Jakim, manakala taklimat berkaitan
Pensijilan Halal disampaikan oleh En. Mohd Fakarudin B. Masod, Penolong
Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa
orang wakil Bahagian dari Jakim yang turut menyumbang idea dan berkongsi
pengalaman. Delegasi seramai 39 orang ini diketuai oleh Mr. Boontom Munegan.
Dalam pertemuan yang sama, video korporat
Bahagian Hub Halal telah ditayangkan kepada semua para hadirin. Melalui
tayangan tersebut, anggota delegasi didedahkan dengan visi, misi dan objektif
serta kaedah pelaksanaan Pensijilan Halal oleh Jakim di Malaysia. Dalam
ucapan alu-aluan ketua delegasi, beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian
Kerajaan Malaysia khususnya Jakim menerima kedatangan delegasi mereka. Semasa
sesi dialog dan soal jawab, isu prosedur pensijilan halal di luar negara,
peranan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan beberapa isu terkini
berkaitan halal turut menarik perhatian para delegasi.
Kunjungan delegasi Southern Border
Provinces Administrative Centre (SBPAC) ke Jakim merupakan salah satu
agenda delegasi dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia dan Indonesia. Di akhir
pertemuan, pihak delegasi merakamkan penghargaan atas kerjasama Jakim berkongsi
maklumat dan pengalaman mengendalikan Pensijilan Halal di Malaysia. Pihak delegasi
juga berharap jalinan kerjasama yang lebih erat dapat dijana bagi membantu
meningkatkan industri halal khususnya bagi Umat Islam di Selatan Thai.
LAWATAN DELEGASI JAKIM DAN JAIN KE MEDAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di negeri-negeri (JAIN) telah mengadakan
lawatan ke Medan dari 29 hingga 30 November 2012 dalam rangka diskusi mengenai
isu pernikahan yang melibatkan warganegara Malaysia dan Indonesia yang beragama
Islam. Sesi pertukaran maklumat telah diadakan dengan pihak Konsulat Jeneral
Malaysia di Medan yang diikuti dengan perbincangan dengan Kantor
Urusan Agama Medan.
No comments:
Post a Comment