Tuesday, March 5, 2013

JoM teRbaNg




 
SEJARAH 
 
“Kini sesiapa pun boleh terbang” merupakan slogan yang diperkenalkan Airasia Berhad kepada penggunanya. Syarikat penerbangan ini merupakan syarikat penerbangan nasional yang kedua di Malaysia. AirAsia Berhad merupakan penerbangan yang menawarkan harga tambang yang rendah yang mampu dibayar oleh sesiapa pun. Dengan ini, penerbangan ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
            Ditubuhkan pada 20 Disember 1993 dan dimiliki penuh oleh DRB-Hicom. Ia merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industry perkhidmatan penerbangan. Pada pertengahan tahun 2004, Air Asia Berhad menanggung beban hutang yang terlalu tinggi iaitu sebanyak USD 11 juta ( MYR 40 juta). Justeru itu menyebabkan syarikat penerbangan ini dijual kepada Tune Air dengan harga seringgit sesaham yang dimilki oleh Tony Fernandes, bekas eksekutif  Time Warner. Pada 8 Jun 2004, jenis syarikat ini telah ditukar dari syarikat sendirian kepada syarikat awam dengan nama AIRASIA BERHAD

            Justeru, dengan pengambil alihan syarikat Tune Air, penyusunan semula organisasi AIRASIA Berhad dengan imej dan konsep yang baru membawa kepada perubahan besar kepada syarikat tersebut serta memperolehi keuntungan  dalam tempoh masa yang pendek. Tujuan utama AIRASIA BERHAD ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, tambang yang murah,kekerapan jadual penerbangan,lokasi yang menarik,mudah,selesa dan sebagainya menjadi landasan utama perniagaan syarikat ini. Antara lokasi yang utama yang ditawarkan oleh syarikat ini  adalah Malaysia, Bangkok, Thailand, Singapura, Filipina dan China.
 
PENGARAH URUSAN
 

Tony Fernandes yang kini berusia 48 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of  Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.

Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
 
PENGURUSAN  PENTADBIRAN SYARIKAT AIRASIA BERHAD

Air Asia Berhad memiliki barisan pengurus dan pentadbir yang berpengalaman dan cekap. Pengurus syarikat ini adalah Dato’ Pahamin Bin Ab. Rejab, di mana beliau mempunyai pengalaman sebagai menteri lebih daripada 30 tahun. Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan utama Negara iaitu sebagai pengarah Jabatan Kerja Raya selama 24 tahun dan beliau pernah dianugerahkan gelaran “ Cyber Champion International Award” oleh Business Software Alliance dari Wanshington pada tahun 2000. Manakala Ketua Pengawai Ekssekutif ( CEO ) iaitu Tony Fernandes memiliki pengalaman dalam pengurusan kewangan selama 12 tahun di Virgin Communication London, Warner Music International London dan beberapa buah syarikat ASEAN. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai “ Malaysian CEO Of Tehe Year 2003” pada 15 Jun 2003. Diantara barisan pengurus AIR ASIA BERHAD ialah Kamarudin Meranun, Abdel Aziz Abu Bakar, Sami Ali, Mumtaz Khan, John Francis Tierney dan Conor Mc Carthy.
AIRASIA BERHAD merupakan salah satu daripada syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dan juga Asia. Oleh yang demikian, AIRASIA BERHAD telah cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati para pengguna yang menggunakan perkhidmatan penerbangan ini. Kini AIRASIA BERHAD mempunyai sejumlah hampir 5000 kakitangan. AIRASIA BERHAD telah menyediakan kakitangan yang berkaliber dan dedikasi bagi melancarkan operasi syarikat penerbangan ini. Sebelum para pekerja dilantik untuk bekerja di Air Asia, satu temu duga dijalankan untuk mencari para pekerja yang berkelayakan.
 
STRATEGI PENGURUSAN
 
‘Management by Objectives’ (MBO)
AIRASIA BERHAD mempunyai strategi yang bermatlamatkan ke arah menaikkan nama syarikat sebagai peneraju utama kadar tambang murah dan seterusnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam merancang perniagaan syarikat, AIRASIA BERHAD didapati mengaplikasikan konsep MBO. MBO adalah satu sistem pengurusan yang menggabungkan kelompok pekerja dengan pengurus bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ke arah itu, MBO menetapkan hala tuju, tempoh masa pencapaian dan ganjaran yang akan diberikan setelah matlamat tercapai.
MBO mempunyai empat elemen iaitu matlamat yang khusus, penyertaan dalam membuat keputusan, tempoh masa yang jelas dan kesan pencapaian syarikat. Satu masalah program MBO adalah mereka mungkin tidak efektif dalam perubahan persekitaran masa dinamik. Dengan itu, program MBO memerlukan lebih kestabilan untuk pekerja-pekerja bekerja bagi menyempurnakan matlamat.

Kejayaan AIRASIA BERHAD kini boleh dibanggakan dengan adanya fokus kepada kombinasi keperluan pengguna, pekerja yang dedikasi, rajin bekerja, mendapat asas yang betul, kawalan perbelanjaan yang efektif dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Kaedah MBO ini telah memberi panduan kepada AIRASIA BERHAD untuk memahami keperluan dan masalah pengguna. Bagi meningkatkan pemahaman pengguna, AIRASIA BERHAD telah memperkenalkan produk baru bagi mencari masalah dan penyelesaiannya. Selain itu, AIRASIA BERHAD juga akan mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan mutu dan menambahkan lagi minat pengguna untuk menerajui dunia pasaran penerbangan dengan cara memberikan tambang yang teramat rendah supaya ramai yang boleh terbang. AIRASIA BERHAD akan memperkenalkan lebih insentif pada akan datang untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan. Melalui MBO juga AIRASIA BERHAD telah merangka pelbagai insentif jangka panjang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penerbangannya.
 
Selain daripada pemegang saham yang memainkan peranan penting dalam kelancaran perjalanan organisasi, AIRASIA BERHAD juga tidak ketinggalan mempunyai hubungan Struktur Organisasi yang tersendiri.
 
KEISTIMEWAAN AIR ASIA BERHAD
 
Selain daripada terkenal dengan harga tiket yang murah, Air Asia menjadi syarikat penerbangan yang pertama di dunia yang memperkenalkan penempahan tiket melalui SMS. Melalui perkhidmatan ini membolehkan penumpang menempah tempat duduk, memeriksa jadual penerbangan dan mendapatkan berita promosi terkini Air Asia Behad dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka. Di samping itu, Air Asia Berhad juga turut memperkenalkan “ Go Holiday ”, iaitu program online yang membenarkan penumpang menempah pakej percutian secara online.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment