Monday, March 4, 2013

sejarah cuba


 SEJARAH NEGARA CUBA
Republik Cuba terletak di Pulau Cuba (pulau terbesar di Kepulauan Antilles Besar), Pulau Pemuda dan beberapa pulau kecil disekitarnya.  Nama “Cuba” berasal dari perkataan dalam bahasa Taino Cubanacan yang  
                                                                                                        bermaksud tempat yang   sentral.
           
Negara ini terletak di Karibia utara pada pertemuan Laut Karibia Teluk Mexico dan Samudera Atlantik.  Disebelah timur laut Cuba sekitar 144 km terletak Negara Bagian Florida Amerika Syarikat dan Bahama.  Di sebelah timurnya terdapat Kepulauan Turks dan Caicos serta Haiti.  Sementara di sebelah barat terdapat Mexico.  Kepulauan Cayman dan Jamaika terletak di sebelah selatan dari hujung timur Cuba.  Keluasan Cuba lebih kecil daripada Pulau Jawa.
            Cuba merupakan pengeluar gula terbesar di dunia setelah Brazil.  Walaupun gula merupakan pengeluar utama iaitu sebanyak 85% daripada eksportnya namun penduduknya masih merupakan penduduk yang menggunakan gula terbanyak setelah Kosta Rika.
            Cuba pertama kali dikunjungi oleh bangsa Eropah ketika Christopher Columbus pertama kali mendarat pada 28 oktober 1492 di hujung timur Cuba di Cazigazgo, daerah Baracoa.  Diego Velazquez de Cuellar memimpin Sepanyol, menakluk penduduk peribumi dan menjadi gabenor Cuba untuk Sepanyol pada 1511 dan membangunkan sebuah Vila di Baracoa, yang menjadi ibu kota pertama pulau itu.  Pada tahun 1518 tempat ini telah menjadi pusat Keuskupan dari uskup pertama di Cuba.
            Antara 1895 dan awal 1898 revolusi menguasai sebahagian besar daerah desa dan kota, namun usaha Sepanyol untuk menguasai kota-kota besar terhenti setelah Amerika Syarikat menang dalam Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898.  Cuba merdeka pada tahun 1902, walaupun dihalang oleh Amandemen Platt, yang memberikan kepada Amerika Syarikat pengaruh besar dalam urusan-urusan Cuba dan menggalakkan Cuba menyewakan Teluk Guantanamo kepada Amerika Syarikat.  Tomas Estrada Palma (1902-1906) adalah presiden pertama dan terpilih Cuba pada masa itu.  Dengan menggunakan fasal-fasal dalam Amandemen Platt tentera Amerika Syarikat telah menduduki Cuba untuk kali kedua pada tahun 1906 sehingga 1909. Amandemen Platt dibuang pada 1934, namun penyewaan Teluk Guantanamo di teruskan dengan bayaran nominal.


KEDUDUKAN GEOGRAFI

 
Peta Negara Cuba
Secara geografinya Cuba dahulu berada di Pasifik, dan melintang antara Amerika Utara dan Selatan sebelum mereka disatukan dan kini dikenali sebagai Florida Cuba, 65 juta tahun yang lalu.  Pulau Cuba yang memanjang ini kira-kira 1200 km panjangnya adalah pulau yang terbesar di daerah Karibia dan dibatasi disebelah Utara oleh Selat Florida dan Samudra Atlantik, disebelah barat laut oleh Teluk Mexico, disebelah barat oleh Selat Yucatan, di selatan oleh Laut Karibia, dan di sebelah timur oleh arus angin.  Republik ini terdiri dari keseluruhan pulaunya, termasuk sejumlah pulau yang ada disekitarnya.
            Pulau utamanya adalah pulau ke-16 terbesar di dunia.  Pulau ini umumnya terdiri dari tanah yang datar dan dataran yang naik turun, dengan bukit-bukit dan gunung-ganang yang lebih terjal terutama dibahagian tenggara dan titik tertingginya adalah Pico Real del Turquino dengan ketinggian 2.005 m.  Iklim setempat tropis, meskipun arus angin membuatkannya agak sejuk.  Musim kering berlangsung antara November sampai April, dan musim hujan dari Mei hingga Oktober.
            Havana adalah kota terbesar dan ibu kotanya, kota-kota utamanya yang lain adalah Santiago de Cuba dan Camaguey.  Sebahagian dari kota-kota yang lebih kecil adalah Baracoa yang merupakan mukim orang-orang Sepanyol pertama di Cuba, serta Trinidad dan Bayamo.

DEMOGRAFI CUBA


               
Penduduk Cuba dalam jumlah ribuan (1961-2003)
Menurut CIA World Factbook, 51% penduduk Cuba adalah mulatto (campuran kulit putih dan hitam), 37% kulit putih, 11% kulit hitam, dan 1% Tionghoa.  Penduduk Tionghoa di Cuba berasal dari orang-orang Tionghoa yang dibawa ke Cuba pada abad ke-19 untuk membangun jalan-jalan kereta api dan bekerja di tambang-tambang, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat pada masa yang sama.  Namun setelah pekerjaan itu selesai, kebanyakkan mereka tidak mampu membayar untuk pulang kembali ke Tiongkok dan akhirnya menetap di pulau itu. 
            Masih terdapat sedikit ketegangan sosial diantara rakyat.  Namun demikian, di Santiago de Cuba ada sejumlah penduduk Jamaika yang cukup besar jumlahnya yang menderita kerana mempunyai citra sebagai orang yang malas. Orang kulit putih seringkali mempunyai pekerjaan yang lebih tinggi meskipun Cuba mengamalkan sosialis.  Cuba juga mempunyai orang-orang non-Cuba yang tidak diketahui jumlahnya.  Penduduk ini termasuk para pembelot dari Amerika Syarikat seperti Phillip Agee, para aktivis asing dengan perbagai alasan yang radikal dan sejumlah penduduk kesukuan seperti orang-orang Berber Sahara.
            Cuba mempunyai tingkat kelahiran yang rendah.  Tingkat kesuburan untuk setiap wanita adalah 1 hingga 5 anak (pada 1995-2000), tingkat ini adalah yang terendah dari Negara di bahagian barat (sama dengan Kanada dan Barbados).  Faktor yang menyebabkannya ialah kebajikan Cuba tentang aborsi atas permintaan.  Cuba mempunyai tingkat aborsi yang tinggi, iaitu 77,7 aborsi per 1.000 perempuan pada usia 15 hingga 44 pada tahun 1996.  Ini adalah tingkat ke-3 tertinggi di dunia di antara 55 buah Negara yang tingkat aborsinya tersedia dalam sebuah PBB pada 1999.  Pengguguran yang selektif terhadap kehamilan berisiko tinggi adalah sebuah faktor yang menyebabkan rendahnya tingkat kematian bayi di Cuba iaitu 5 hingga 8 per seribu kelahiran (state of the World’s Children 2005).  Namun, tingkat aborsi yang tinggi dan tingkat kelahiran yang sangat rendah ini, telah mengingatkan akan Eropah Timur dan Rusia pada masa komunis dahulu, menyebabkan menyusutnya jumlah penduduk Negara itu pada masa akan datang secara mengejut, meskipun hal ini belum terjadi kerana jumlah orang lanjut usia masih sedikit.



POLITIK


 

                                          
 Fulgencio Batista 1937      

  

                                                      
 Fidel Castro                                                                             









Fidel Castro 2003



   





Raul Castro

Cuba atau Republica de Cuba merupakan salah satu Negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan autokrasi-totalitarian.  Fidel Alejandro Castro Ruz merupakan pemimpin Cuba dengan membangunkan Republik Cuba menjadi negara sosialis berhaluan sosialis-komunis (Marxis-Lenin) di bawah kepimpinan parti tunggal Parti Komunis Cuba (Communist Party of Cuba).
Undang-undang pemerintahan atau perlembagaan Cuba menyatakan bahawa Parti Komunis Cuba adalah tonggak utama masyarakat dan negara”.  Mereka dianggap sebagai warganegara teladan kerana dipandang sebagai pendokong kuat revolusi.  Parti juga membuat cadangan mengenai pembangunan masa depan revolusi, dan mengkritik kecenderungan-kecenderungan yang dianggap anti-revolusioner.  Parti ini mempunyai pengaruh yang secara relatif luas di Cuba, namun otoritinya lebih bersifat moral, bukan legal.  Parti Komunis Cuba adalah satu-satunya parti politik yang legal, parti lain tiada.
Pemilihan umum diadakan dengan surat suara rahsia, dan rakyat berusia 16 tahun ke atas berhak memilih.  Rakyat mencalonkan dan memilih calon untuk Dewan Perwakilan Perbandaran (Municipal).  Calon-calon untuk Dewan Nasional dicalonkan oleh Dewan Perbandaran dan dipilih dengan Ya atau Tidak.  Bila calon tidak mendapatkan lebih dari 51% suara, undian akan diulang.
Kekuasaan legislatif secara nominal berada di tangan Dewan Nasional Kekuasaan Rakyat kecuali untuk dua kali dalam setahun, kekuasaan legislatif dilaksanakan oleh 31 orang anggota dari Dewan Negara yang dipilih oleh Majlis Nasional daripada anggota-anggotanya.  Kekuasaan eksekutif secara rasminya berada pada Dewan Menteri sebuah kabinet besar yang terdiri dari 8 anggota Dewan Negara, ketua-ketua jabatan nasional, dan orang-orang lainnya.  Sebuah jawatan kuasa Eksekutif yang lebih kecil, terdiri dari anggota-anggota yang lebih penting dari Dewan Menteri, mengawasi urusan-urusan biasa.
Cuba menjalankan kerjasama dengan Soviet Union dalam arena politik dan ekonomi semenjak Fidel Castro berkuasa.  Walau bagaimanapun setelah Soviet Union runtuh pada tahun 1991, Cuba mengalami masalah ekonomi dalam negeri yang sangat hebat.  Namun, Cuba tak pernah menyerah terhadap segala usaha pemencilan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan masih berdiri diatas kaki sendiri.
Castro sebagai pemimpin yang paling lama berkuasa di dunia.  Sebagai negara autolitarian, hanya terdapat parti tunggal dan syarikat buruh tunggal iaitu Sentral Buruh Cuba (Central de Trabajadores de Cuba-CTC).  Fidel Castro, juga dikenali sebagai Comandante, beliau memerintah sehingga 2008 dan digantikan oleh adiknya iaitu Raul Modesto Castro Ruz.
PERGOLAKAN POLITIK
Fulgencio Batista merupakan pemimpin yang diktator yang berkuasa sejak 1956 namun, berjaya digulingkan oleh Castro menyebabkan Batista melarikan diri pada 1 Januari 1959.  Dengan ini, Castro dan penyokongnya menduduki Havana dan membentuk pemerintahan baru dengan Castro sebagai ketua negara.
Castro menyertai politik pada tahun 1947 dengan menyertai kudeta diktator Republik Dominika Rafael Trujillo.  Castro mendapat ancaman bunuh dari pihak lawan politiknya dan melarikan diri ke New York, USA.  Semasa pelariannya, Castro melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan mendapat gelaran doktor pada tahun 1950.  Beliau kembali ke Cuba dan kembali menyertai tunjuk perasaan dan memimpin gerakan bawah tanah anti-pemerintah disebabkan pengambilalihan kuasa pemerintahan oleh Fulgencio Batista pada tahun 1952.  Seterusnya pada 1953, Castro memimpin serangan ke barak militer Moncada Santiago de Cuba, tetapi mengalami kegagalan.  Malah, seramai 69 orang dari 111 orang yang menyertai serangan ini tewas dan Castro ditangkap serta dipenjara selama 15 tahun.
Walau bagaimanapun, Castro mendapat pengampunan dan dibebaskan pada 15 Mei 1955, maka beliau terus mara memimpin pasukannya untuk penggulingkan diktator Batista.  Peperangan ini kemudian dikenal dengan Gerakan 26 Julai.  Pada 7 Julai 1955, beliau melarikan diri ke Mexico dan bertemu dengan pejuang revolusioner Che Guevara.  Bersama 82 orang lainnya, beliau kembali ke Cuba pada 2 Desember 1956 dan melakukan peperangan gorila selama 25 bulan di Pegunungan Sierra Maestra.  Usaha menggulingkan pemerintahan yang sedang berkuasa ini berjaya dan pemerintahan baru pun terbentuk di Cuba dengan Castro sebagai presiden Cuba.
Castro dengan beraninya mengharungi segala rintangan dan halangan yang berlaku di Cuba.  Di kancah internasional, Castro mula mengumpul kekuatan untuk melawan dominasi Amerika Syarikat dan bekas negara Soviet Union dengan berkerjasama bersama Hugo Chávez di Venezuela dan Evo Morales dari Bolivia.
Fulgencio Batista yang menjawat Presiden Cuba selama 2 dekad dikenali sebagai pemimpin diktator yang brutal yang memimpin Cuba sejak 1933.  Pada tahun 1944, berakhirlah pemerintahan Batista dan beliau meninggalkan Cuba.  Namun, 8 tahun kemudian Batista melancarkan peperangan dan berhasil memimpin kembali Cuba.  Hampir kesemua bidang pemerintahan dikawal sepenuhnya oleh Batista samada ekonomi, pendidikan, media dan sebagainya.  Selain itu, Batista juga mengambil wang negara.  Batista berjaya disingkirkan dari pemerintahan pada tahun 1959, melalui Revolusi Cuba yang dipimpin oleh Fidel Castro.  Batista secara rahsia ke luar negara dan selalu berpindah tempat tinggal, sehingga meninggal pada 1973 di Guadalamina, Sepanyol.





 SISTEM PENDIDIKAN                           
Semua sekolah di Cuba berada dibawah Kementerian Pendidikan dan bertanggunjawab dalam menjaga kebajikan rakyatnya terutamanya anak-anak.  Pada tahun 1976, pemerintah lebih menekankan hal ehwal pendidikan.  Pendidikan di Cuba telah diselenggarakan oleh negara mereka sendiri.  Sistem Pendidikan di Cuba telah mengalami pertumbuhan yang dramatis, baik secara kuantitatif mahupun kualitatif, guru menjadi komponen yang sangat penting dalam pertumbuhan walaupun mengalami krisis ekonomi sejak 1990an tetapi Cuba tetap menaruh harapan yang besar terhadap sistem pendidikan.
Kebijaksanaan Presiden Cuba iaitu Fidel Castro yang sanggup mempertahankan sistem pendidikan sebagai suatu yang terbaik dan layak menjadi model pendidikan negara dunia ketiga.  Menurut laporan Kementerian Pendidikan Cuba, 98% penduduknya telah mengenal abjad.  Dengan kata lain, sistem pendidikan di Cuba telah berada pada tahap yang sama dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
Malah dalam sistem pendidikan ini juga, setiap warga negara wajib mendapatkan pendidikan dan mereka tidak perlu risau tentang pembiayaan kewangan pendidikan kerana segala pembelanjaan dalam pendidikan akan ditanggung oleh negara termasuklah penyediaan gedung dan tenaga pengajar.  Malah pemerintah juga turut menyediakan peralatan sekolah dan makanan bagi 2 juta Siswa di negara tersebut.
Komitmen yang telah di berikan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan tetap di teruskan walaupun pemerintah mengurangkan kos untuk pembaikan sekolah sejak lima tahun kebelakangan ini.  Justeru, pemerintah tetap berusaha meningkatkan kos yang lebih besar lagi sehingga populasi masyarakat dapat di imbangi dengan jumlah sekolah.  Tambahan pula, pemerintah turut memberi 300 ribu unit telivisyen monitor dan komputer buatan dari China kepada sekolah-sekolah dan rumah anak yatim serta miskin.



EKONOMI

Cuba sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi sosialis yang berpegang pada prinsip “from each according  to his capacity, to each according to his work” yang membawa makna setiap individu itu sesuai dengan kapasitinya, dan untuk setiap individu itu sesuai dengan pekerjaannya.
Pasal 15 Konstitusi Cuba 1992 menetapkan bahawa kekayaan negara sosialis adalah menjadi kekayaan milik seluruh rakyat meliputi:
a) tanah yang tidak tergolong kepada petani kecil atau koperasi dibentuk oleh mereka, subtanah, lombong, sumber galian, tumbuhan dan haiwan di kawasan maritim Republik hutan, ekonomi, perairan dan cara komunikasi;
b) kilang gula, kilang, cara ketua pengangkutan dan semua orang perusahaan, bank-bank dan kemudahan yang telah dinegarakan dan dirampas, kilang-kilang, perusahaan dan kemudahan ekonomi dan saintifik, sosial, budaya dan pusat-pusat sukan yang dibina, dipupuk atau dibeli oleh kerajaan dan orang-orang yang akan dibina, dipupuk atau dibeli oleh kerajaan pada masa depan.
Pihak perindustrian pemilikan swasta telah membuka sektor swasta secara kecil-kecilan dengan pembelian dan penjualan perumahan dan kereta dan inisiatif ini telah menampakkan peningkatan dalam perusahaaan kecil dari 160 ribu kepada 400 ribu antara tahun 2010 hingga tahun 2012.
Cuba bergantung pada ladang tembakaunya yang menghasilkan produk rokok dan cerut bermutu tinggi.  Selain itu, antara aktiviti harian lain bagi menjana pendapatan ada yang menjual cenderamata, menjual lukisan dan sebagainya dan hanya bergantung kepada hasil jualan tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup.  Maka, pemerintah Cuba, Raul Castro telah memulakan konsep baru iaitu reformasi ekonomi bagi mengatasi permasalahan yang membelenggu warga Cubaini.
Akan tetapi, pergolakan politik dan sistem yang tidak berteraskan ekonomi seperti tampuk pemerintahan yang bertukar 5 tahun sekali ini sering memberikan kesan kepada warga Cuba ini.  Namun, ekonomi Cuba semakin menampakkan penambahbaikan dari masa ke masa kini.
BUDAYA
Cuba merupakan sebuah negara yang terletak di kepulauan Caribbean yang cukup dikenali dengan tempat-tempat yang menarik seperti Pantai Caribbean.  Selain dikenali sebagai negara pembuatan cerut yang bermutu tinggi, ramai yang tidak mengetahui bahawa negara itu mempunyai keindahan dan keunikan budaya hasil daripada pengaruh budaya masyarakat Sepanyol, Afrika dan Amerika Utara.  Keunikan dan keindahan budaya Cuba dapat dilihat melalui kepelbagaian makanan, muzik, sastera dan seni lukisan yang dihasilkan oleh masyarakat di negara tersebut.
a.       Kepelbagaian makanan
Masakan dan makanan Cuba sangat dipengaruhi oleh Sepanyol, Cina, Portugis, Arab dan sebagainya.  Makanannya terkenal dengan tiga istilah iaitu khinzir panggang, congri dan beer (arak).  Congri merupakan makanan masyarakat Cuba yang terdiri daripada campuran beras putih dan kacang hitam.  Selain itu, Cuba juga terkenal dengan makanan ‘Tostada’ iaitu sarapan yang terdiri daripada mentega dan roti Cuba dan sebagainya.

b.      Muzik dan tarian
Masyarakat Cuba terkenal dengan tarian. Antara tarian yang popular adalah :
1.      Tarian Mambo
2.      Tarian Cha cha
3.      Tarian Salsa

c.       Kesenian
Selain terkenal dengan makanan, muzik, Cuba juga terkenal dengan kesenian seperti lukisan seni jenis cetakan dan seramik. Cuba juga mempunyai ramai pelukis yang terkenal antaranya Nelson Dominguez, Belkis Ayon Manson dan sebagainya.  Karya- karya pelukis ini dapat dilihat di Casa Cuba, sebuah galeri di Bukit Peringgit, Melaka.

 
BUDAYA

Cuba merupakan sebuah negara yang terletak di kepulauan Caribbean yang cukup dikenali dengan tempat-tempat yang menarik seperti Pantai Caribbean.  Selain dikenali sebagai negara pembuatan cerut yang bermutu tinggi, ramai yang tidak mengetahui bahawa negara itu mempunyai keindahan dan keunikan budaya hasil daripada pengaruh budaya masyarakat Sepanyol, Afrika dan Amerika Utara.  Keunikan dan keindahan budaya Cuba dapat dilihat melalui kepelbagaian makanan, muzik, sastera dan seni lukisan yang dihasilkan oleh masyarakat di negara tersebut.
a.       Kepelbagaian makanan
Masakan dan makanan Cuba sangat dipengaruhi oleh Sepanyol, Cina, Portugis, Arab dan sebagainya.  Makanannya terkenal dengan tiga istilah iaitu khinzir panggang, congri dan beer (arak).  Congri merupakan makanan masyarakat Cuba yang terdiri daripada campuran beras putih dan kacang hitam.  Selain itu, Cuba juga terkenal dengan makanan ‘Tostada’ iaitu sarapan yang terdiri daripada mentega dan roti Cuba dan sebagainya.

b.      Muzik dan tarian
Masyarakat Cuba terkenal dengan tarian. Antara tarian yang popular adalah :
1.      Tarian Mambo
2.      Tarian Cha cha
3.      Tarian Salsa

c.       Kesenian
Selain terkenal dengan makanan, muzik, Cuba juga terkenal dengan kesenian seperti lukisan seni jenis cetakan dan seramik. Cuba juga mempunyai ramai pelukis yang terkenal antaranya Nelson Dominguez, Belkis Ayon Manson dan sebagainya.  Karya- karya pelukis ini dapat dilihat di Casa Cuba, sebuah galeri di Bukit Peringgit, Melaka.



   


 KONFLIK
 
Pencerobohan Amerika Syarikat ke Teluk Babi mengalami kegagalan, kepemimpinan Castro menjadi suatu titik awal ketegangan antara Amerika Syarikat dan Cuba.  Castro dan negara-negara Amerika Latin menganggapnya sebagai komander kerana ia yang pertama kali menyuarakan suara keras kepada Amerika Syarikat.
Sejak Castro berkuasa, Amerika Syarikat secara progresif telah melakukan undang-undang yang dimaksudkan dengan mengasingkan Cuba secara sekatan ekonomi dan sebagainya, seperti menghukum warga Amerika Syarikat yang berhibur di Cuba.  Pencerobohan Teluk Babi pada April 1961 oleh sejumlah pelarian Cuba yang didukung Amerika Syarikat gagal kerana presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy meninggalkan para penyerbu kerana bimbang akan melibatkannya secara rasmi.  Revolusi urban yang diharapkan gagal dan Brigade 2506 telah diabaikan.  Ini kerana, Soviet Union telah memperingatkan Castro dengan memerintahkan sejumlah hukuman mati serta penangkapan besar-besaran terhadap mereka yang terlibat dengan gerakan kontra-revolusi.  Akibatnya sekolah-sekolah dan gereja disita, para pemberontak ditangkap dan diusir secara besar-besaran.  Di wilayah-wilayah tengah yang bersifat luar bandar, peperangan melawan para bandit (sekitar 1959-1965) ditindas oleh pihak Castro yang lebih ramai.  Banyak pendukung dan pemberontak yang dihukum mati dan dihantar pulang secara dalaman.
Pada tanggal 6 Mei 1959 pemerintah Cuba mengatur hak pemilikan tanah secara perseorangan.  Implikasi ini mengakibatkan pengambil alihan kebun yang banyak dimiliki oleh perusahaan Amerika Syarikat.  Ini menambahkan kebencian Amerika Syarikat kepada Castro.  Selepas itu, Cuba menandatangani perjanjian pembelian minyak dengan Soviet Union menyebabkan presiden Amerika Syarikat iaitu Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba.
Krisis peluru berpandu Cuba bermula ketika Soviet Union menempatkan peluru berpandu nuklear di Cuba pada 1962.  Oleh itu, Amerika Syarikat melakukan sekatan di perairan internasional menyebabkan masyarakat percaya bahawa dunia akan ditimpa dengan bencana nuklear.  Soviet Union mundur, bersetuju untuk menyingkirkan peluru berpandu dengan imbalan janji Amerika Syarikat untuk menyingkirkan peluru berpandu nuklear seperti di Turki dan tidak menyerang Cuba lagi.  Dengan ini,, Amerika Syarikat tidak lagi mengancam Cuba secara terbuka, namun Amerika Syarikat masih terlibat dalam kegiatan-kegiatan rahsia yang sangat terperinci untuk membunuh Castro, iaitu Projek Cuba.
Castro dan Amerika Syarikat bersama dalam Perang Dingin.  Dalam serangan teroris yang terkenal pada 1976 terhadap Penerbangan Cuba 455 di mana 73 orang meninggal dunia akibat dirancang oleh lawan-lawan Castro yang dirancang oleh CIA yang beroperasi dari Venezuela.  Amerika Syarikat juga mendukung kelompok-kelompok pengganas anti-Castro di Miami dalam serangan-serangan mereka terhadap Cuba.  Pada April 1980, lebih dari 10,000 orang Cuba menyerbu kedutaan besar Peru di Havana untuk memperoleh perlindungan politik.  Castro mengizinkan sesiapa yang ingin meninggalkan negara itu melalui pelabuhan Mariel.  Dalam misi penyelamatan Mariel dengan kapal, lebih dari 125,000 orang Cuba bermigrasi ke Amerika Syarikat.  Akhirnya Amerika Syarikat menghentikan arus kapal-kapal itu dan Cuba menghentikan eksodus yang tidak terkendali itu.
 

No comments:

Post a Comment