SEJARAH
Kumpulan Ambank pada awalnya ditubuhkan dengan
nama Arab-Malaysian Development Bank Berhadpada 5 Ogos 1975 sebagai usahasama bersama
di antara Malaysian Industrial Development Finance Berhad dengan pemegangan saham
55.0%, Arab Investments for Asia (Kuwait) dengan pemegangan saham 33.0%, dan
National Commercial Bank (Saudi Arabia) memegang 12.0%. Kumpulan ini beroperasi
pada 1 April 1976, danpada Disember 1983 mula dikenali sebagai Arab-Malaysian
Merchant Bank Berhad. Kumpulan AmBan kini telah menikmati kejayaan yang agak cemerlang
sepanjang tiga dekad yang lalu sebagai salah satu daripada institusi kewangan
yang terbesar dan terpesat berkembang dalam negara dengan menjadi satu kumpulan
dengan tenaga manusia hampir 10,000.
VISI DAN MATLAMAT
“Kami adalah satu pasukan yang sentiasa berjaya.
Kemenangan dan matlamat kami dicapai melalui semangat utuh mengejar matlamat,
bertanggungjawab dan komitmen.”
FALSAFAH
Strategi dan langkah adalah untuk mencipta nilai
bagi semua yang mempunyai kepentingan berurusan dengan kumpulan ini.
BUDAYA KECEMERLANGAN DAN PROFESIONALISME/CARA
KERJA
1) KEUTAMAAN PELANGGAN
Pelanggan kami adalah tujuan kewujudan kami. Kami komitedkepadamerekadan kami berusaha untuk
menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan kami.
2) INTEGRITI
Integriti
dan kejujuran adalah paling utama dalam segala
yang kami lakukan apabila kami mengendalikan perniagaan. Kami akan melayani semua
rakan perniagaan dan pesaing dengan penuh kesantunan dan kemuliaan.
3) KETANGKASAN DAN DAYA KREATIF
Kami berusaha untuk bersikap tabah, responsive
dan tangkas dalam urusan kami. Kami tidak gentar untuk menampilkan idea dan pendekatan
yang baru.
4) KUALITI
Segalah asil keluaran kami mewakili Kumpulan AmBank.
Kami tidak akan berkompromi
terhadapapa yang perlu dilakukan demi menjaga reputasi
Kumpulan.
5) INISIATIF
Kami diberi kuasa untuk bertanggungjawab keatas
segala yang kami lakukan dan berusaha lebih daripada biasa dan mengguna pakai keputusan
yang munasabah semasa dalam proses.
6) KERJASAMA
Kerjasama adalah punca kejayaan kami. Kami sanggupuntukbergandingdengankumpulan
yang rasmi dan tidak rasmi, menghargai rakan sekerja serta bekerjasama sepenuh hati
denganmereka.
7) PEMIKIRAN TERBUKA
Semangat berkomunikasi secara terbuka adalah penting
bagi kami. Kami memberi dan menerima kritikan secara
membina. Kami sentiasa melayan satu sama lain dengan penuh hormat dan mesra.
8) PENCAPAIAN DIRI
Kami membimbing, mengembang dan membentuk warga
kami agar dapat mencapai potensi mereka yang tertinggi. Kami akan mengolah keupayaan
mereka untuk menyumbang dengan bermakna kepada Kumpulan AmBank.
Dalam sesebuah pentadbiran, perlu bagi sesebuah
organisasi untuk merekayasakan apa yang organisasi tertentu adabi memenuhi keperluan
semasa. Maka, proses reinventing government diperkenalkan, begitu juga dengan
Kumpulan Ambank yang turut sama mengamalkan 6 fasa dalam proses tersebut.
Dalam fasa pertama iaitu catalytic government memerlukan pengarah bagi satu-satu ogranisasi memastikan
objektif ataupun target organisasi mencapai sasaran. Begitu juga yang dilakukan
oleh pengarah Kumpulan Ambank iaitu Yang Bhg Tan Sri Dato’ Azman Hashim dalam memastikan
organisasi ini mencapai sasaran targetnya.
Fasa kedua pula ialah competitive government di mana setiap organisasi akan saling bersaing
antara satu sama lain bagi memastikan kelangsungan institusi masing-masing. Sebagai
contoh, Kumpulan Ambank ini turut sama bersaing dengan institusi kewangan antara
CIMB, RHB, MYBANK, BSN, BIMB dan sebagainya.
Fasa ketiga iaitu mission driven government yang mana bagi memerlukan pentadbiran mencapai
misi, maka setiap organisasi perlu untuk menjalinkan hubungan dengan agensi
lain. Sebagai contohnya Kumpulan Ambank ini telah menjalinkan hubungan dengan
Kumpulan ANZ sebagai rakan strategic dan pelabur utama Kumpulan AmBank pada 18
mei 2007 dalam pada memperkasakan institusi kedua belah pihak. Selain itu, Am ARA REIT Managers Sdn Bhd,
usahasama 70:30 antara AIGB dengan ARA Asset Management (Malaysia) Limited,
memperbadankan AmFirst REIT sebagai dan aharta institusi. Pada 21 Disember
2006, Am FIRST REIT disenaraikan dalam Bursa Malaysia sebagai REIT harta komersil
yang pertama.
Fasa keempat ialah result-oriented government di mana organisasi akan mengambil laporan
tahun lalu sebagai instrument untuk memperbaiki pengurusan pada tahun seterusnya.
Begitu juga dilakukan oleh Kumpulan Ambank yang mana
Fasa kelima ialah customer government yang mana organisasi-organisasi perlu memenuhi piagam
pelanggan dalam memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.Begitu juga dengan kumpulan
Ambank berhad yang mengamalkan prinsip KEUTAMAAN PELANGGAN, integriti, ketangkasan
dan daya kreatif, kualiti, inisiatif, kerjasama, pemikiran terbuka dan pencapaian
diri.Selain itu, Ambank juga menyediakan peti cadangan untuk para pelanggan menyatakan
ketidakpuasan hati atau untuk menyampaikan sebarang cadangan dengan perkhidmatan
yang diberikan.
Fasa terakhir ialah enterprising government dimana setiap agensi ada produk untuk ditawarkan.
Kumpulan Ambank menyediakan perkhidmatan seperti saham, rangkaian lengkap perkhidmatan
perbankan pelaburan, komersil dan runcit yang inovatif.
No comments:
Post a Comment