Friday, March 15, 2013

MaTA wAng pOunD??





NiE Ada SEdiKIt cTer pAsAl bRiTAin ea.....KNp bRItaiN GuNA PoUNd bERbAnDinG euro...tapI NiE ApA yAng kaMI dAPaT LA......





Ketika masyarakat Britain mengalami tekanan ekonomi ekoran krisis mata wang euro, pihak pentadbiran bandar ini merancang untuk memperkenalkan mata wang sendiri yang dikenali sebagai pound Bristol. Inisiatif itu bertujuan :

     
·      -     untuk mengelakkan hasil kekayaan tempatan daripada mengalir ke tangan  
      pihak luar.

·  -         Pelabur dan pedagang matawang suka sebab kadar interest lebih tinggi  
      untuk memperolehi keuntungan dalam bentuk swap interest



Mata wang tersebut yang hanya boleh digunakan di bandar barat daya England ini akan dilancarkan September depan. Pengasas bersama pound Bristol, Ciaran Mundy berkata, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila ratusan perniagaan di sini bersetuju untuk menggunakan mata wang berkenaan. "Persepsi mengenai perbankan dan wang adalah ia satu sistem tanpa belas kasihan.  Orang ramai akan menggunakan mata wang yang memberi manfaat kepada mereka," kata Mundy.


Menurutnya, wang kertas pound Bristol mempamerkan simbol kemegahan tempatan termasuk imej penulis kurun ke-19, Hannah More dan pesawat supersonik Concorde. Sebahagian pesawat berkenaan dibina di bandar ini. Jelas Mundy, pemilik perniagaan boleh membayar cukai tempatan dengan menggunakan pound Bristol manakala 17,000 kakitangan majlis perbandaran di sini boleh memilih untuk menerima sebahagian gaji mereka dengan menggunakan mata wang itu.



Nie pLAk kIsaH.....DI bRitain juGAK PaSAl MaTA WANG....

Setelah sekian lama berdebat baik buruk penukaran mata wang Pound kepada Euro hingga kadang kala menimbulkan demontrasi antara kedua-dua pihak menyokong dan menentang, akhirnya Canselor of The Exchequer (semacam Menteri Kewangan di Malaysia), Gordon Brown, mengumumkan keputusan bahawa Britain pada masa ini belum bersedia menukar mata wang Pound kepada Euro.








Dalam keputusan bersejarah (tetapi tidak muktamad itu) yang diumumkan kepada House of Common, Canselor Gordon Brown menegaskan bahawa hanya satu daripada lima ujian yang ditetapkan bagi mengkaji kesesuaian penukaran Pound kepada Euro memenuhi piawaian. Lima Ujian yang dirangka oleh pihak Perbendaharaan Britain ialah, Convergence with eurozone, Enough flexibility to adapt, Impact on jobs, Impact on financial services dan Impact on foreign investment. Hanya ujian terhadap Impact on Financial Services (Kesan Ke Atas Perkhidmatan Kewangan) sahaja yang menghasilkan keputusan dan menepati piawaian yang dikehendaki.

Dalam ucapan kepada House of Common, Brown kelihatan positif mengenai masa depan penggunaan matawang tunggal Euro untuk Britain terutama dalam potensi peningkatan pendapatan nasional, peningkatan taraf hidup dan harga yang rendah.
Namun beliau juga memberi amaran bahawa menyertai matawang Euro pada masa yang salah akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran, pengurangan perbelanjaan awam dan kemerosotan pertumbuhan ekonomi. Inilah alasan yang digunakan oleh Brown mengapa pentingnya memenuhi piawaian kelima-lima ujian yang ditetapkan sebelum membuat keputusan menukar Pound kepada Euro.

Dalam laporan tersebut juga Brown menggariskan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mencapai piawaian dalam ujian-ujian yang gagal sebelum ini. Antara yang bakal diberikan perhatian ialah pasaran perumahan yang tidak stabil dan kadar inflasi yang tidak menepati kehendak ujian.

Bagaimanapun Brown menegaskan kepada House Of Common, Kerajaan akan melaporkan kembali ujian yang lain dalam pembentangan Belanjawan tahun hadapan sebelum memutuskan sama ada untuk mengadakan satu lagi ujian semula atau membuat satu usul supaya diadakan referendum umum.
Dalam masa yang sama kerajaan Blair terpaksa menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah lain. Ini, menurut BBC News, menyebabkan Blair terpaksa membuat panggilan diplomasi kepada 9 pemimpin negara Eropah lain sebaik sahaja Brown mengumumkan keputusan kerajaan.

Namun yang menariknya, bukan lagi keputusan Perbendaharaan yang memutuskan Britain belum bersedia mengenepikan Pound dan menggunakan Euro. Sebaliknya, tumpuan kini berubah kepada percaturan politik Britain menjelang pilihan raya Umum negara tersebut tahun hadapan dan pergelutan kuasa dalam kabinet sendiri.
Keputusan ini banyak menimbulkan pertanyaan kerana kelihatan berlaku percanggahan antara Perdana Menteri Tony Blair dengan Canselor Gordon Brown. Sungguhpun penolakan ini merupakan pandangan awal Kerajaan namun ia kelihatan mencerminkan sikap berbelah bahagi kerajaan pimpinan parti Buruh Tony Blair yang dikenali amat cenderung kepada Euro.

Pengumuman terbaru kerajaan Britain ini dianggap sebagai satu permainan kuasa antara Perdana Menteri Tony Blair dan Gordon Brown. Tony Blair tipikal penyokong Parti Buruh merupakan penyokong kuat idea Euro ini. Manakala Brown kelihatan mencari populariti politik dengan melengah-lengahkan keputusan tersebut dan mengambil jalan tengah dengan membiarkan rakyat membuat pilihan melalui referendum. Ini boleh menyebabkan masa depan politik Tony Blair berada di persimpangan.

Dalam keadaan jumlah rakyat yang membantah pengalihan matawang ini cukup besar dan semakin bertambah, parti Buruh yang memerintah, terutamanya Tony Blair, berada di persimpangan. Tinjauan umum mendapati 2/3 penduduk Britain menolak penggunaan matawang Euro bagi menggantikan Pound. Ini boleh memberikan kesan kepada Parti Liberal dalam pilihan raya UMUM Britain pada tahun hadapan. Lebih awal percaturan Brown mungkin menamatkan karier Blair lebih awal dari pilihan raya di tahun hadapan.

Bekas Menteri, Peter Mandelson, percaya kesilapan Blair memberi ruang yang luas kepada Brown membuat perkiraan ekonomi sendiri telah membolehkan Canselor tersebut menentukan langkah dan dasar yang akhirnya menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri. Mandelson percaya bahawa kesedaran lewat Blair menyebabkan beliau terpaksa menggunakan majoriti kabinet untuk memaksa Brown menukar keputusan tidak kepada kenyataan yang lebih positif.

Sementara ini salah seorang pemimpin parti Konservatif, Michael Howard, pantas memandang sinis keputusan ini. Menurut Howard, Blair goes one way, Brown goes another way and bang goes the third way. The entire announcement had been the result of frantic efforts by the two men to cover up their divisions.
Jalan yang terbaik bagi menyelamatkan diri ketika ini ialah membiarkan referendum rakyat yang dirancang pada tahun hadapan membuat keputusan. Dijangkakan referendum tersebut akan diadakan sebelum pilihan raya umum tahun hadapan bagi mengelakan isu ini menjadi satu labialiti kepada parti Buruh yang memerintah. Kelihatan mengadakan referendum umum jalan paling Selamat bagi parti Tony Blair tetapi belum tentu untuk Blair sendiri.

Kalangan pembangkang dan pemerhati politik melihat kegagalan kerajaan membuat keputusan mencerminkan perpecahan dalaman kabinet Tony Blair dan juga mencerminkan kelemahan kabinet yang ada. Kabinet Tony Blair yang menghadapi krisis akibat campur tangan Britain dalam Perang Iraq tanpa kebenaran Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sekali lagi dijangka bergolak lagi akibat isu ini.
Para pemerhati politik Britain melihat tindakan Perbendaharaan ini merupakan satu tindakan dalaman yang akan memungkinkan Brown mengenepikan Blair atau Blair akan berundur bagi memberi laluan kepada Brown memimpin parti Buruh dan Kerajaan Britain.

Amat menarik untuk melihat sama ada pertikaian ini akan membawa kepada penyingkiran Brown atau pengunduran Blair. Bagaimana pun seorang penganalisis politik Britain tidak segan silu menulis keaiban yang ditanggung oleh Perdana Menteri tersebut -Mr Blair, long an enthusiastic fan of the euro, has been given a bloody nose once again.

Perpecahan dan kegagalan Britain membuat keputusan ini bukan sahaja mengancam masa depan pemerintahan parti Buruh tetapi juga memperjudikan pengaruh negara tersebut dalam Kesatuan Eropah. Britain akan semakin hilang hormat kuasa besar Eropah lain berikutan penangguhan ini  pertukaran pound ke Euro.
Apa pun parti Konservatif (pembangkang terbesar) kelihatan yakin isu ini akan menumbangkan parti Buruh dalam pilihanraya tahun hadapan. Keyakinan ini dapat dilihat dari kenyataan Howard, Today's statement comes from a divided Government, a Government on the run... This is not the end of the beginning for this Government, it is the beginning of the end.














No comments:

Post a Comment