Tuesday, May 28, 2013



TANGO
Tango memberikan anda kualiti video tertinggi & panggilan telefon, teks, foto & perkongsian video, permainan dan banyak lagi secara PERCUMA! Ia adalah aplikasi rangkaian sosial semua dalam satu “all in one” yang akhirnya menggabungkan setiap cara yang anda mahu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan & keluarga. 

Tango adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat panggilan video mudah alih dan perkhidmatan komunikasi yang telah mencapai 100 juta pengguna berdaftar. Ia juga boleh menyokong panggilan video mempunyai resolusi yang tinggi. Pegawai Eksekutif Tango Eric Setton memberitahu bahawa syarikat itu telah melihat kesan rangkaian semakin kuat kerana berlakunya peningkatan orang yang menggunakan perkhidmatan ini

Aplikasi kini boleh didapati di 212 buah negara di seluruh dunia, dan boleh didapati dalam 39 jenis bahasa. Selain itu, pengguna Versi Android ini meningkat dengan pesat dan aplikasi ini berada  di tangga 12  dalam keseluruhan aplikasi di 35 buah negara di mana Tango mempunyai pengguna yang sangat ramai. Amerika Syarikat masih merupakan negara teratas menggunakan aplikasi Tango, iaitu lebih 40 peratus daripada asas pengguna.

Mudah digunakan
Ø  Tidak perlu daftar masuk banyak kali tetapi hanya perlu daftar akaun buat kali pertama     sahaja.
Ø  Secara automatik dapat berhubung dengan rakan-rakan anda dengan menggunakan Tango.
Ø  Mesej dan panggilan boleh dibuat melalui perisian tango sama seperti anda menggunakan telefon.
Ø  Boleh digunakan di kebanyakan telefon pintar, tablet, PC.
Ø  Kualiti video yang tinggi menggunakan rangkaian 3G, 4G, dan Wi-Fi

 Keseronokan Tango
Ø  Boleh menggunakan animasi yang menyeronokkan ketika menggunakan mesej dalam aplikasi tango.
Ø  Boleh mencari semua gambar dan video anda dalam pusat galeri foto Central photo galery
Ø  Boleh menghantar hantar kad kepada orang yang anda sayangi untuk memberitahu mereka anda sedang memikirkan tentang mereka
Ø  Boleh “mengedit” gambar, teks sebelum anda menghantar kepada rakan-rakan



 Percuma untuk menggunakan
Ø  Semua panggilan video dan audio adalah percuma dan tidak menggunakan kredit anda
Ø  Mesej adalah bebas dengan menggunakan rangkaian internet.
Ø  panggilan dan mesej di peringkat antarabangsa percuma




VIDEO TANGO, FREE VIDEO CALL & MASSAGE

No comments:

Post a Comment