Tuesday, May 28, 2013

Maghi PaKat kEnal KeLaNtaN





KLaTE Oh QLATe

Kelantan atau lebih dikenali dengan panggilan klate atau qlate oleh Warga Serambi Mekah ini. Kelantan Darul Naim merupakan  sebuah negeri yang unik terutama dari aspek politik dan sosio-budaya masyarakatnya.  Dari perspektif sejarah pemerintahan,  Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh RAJA PEREMPUAN iaitu Tuan Puteri Cik Siti Wan Kembang.  Oleh itu, sehingga ke hari ini Kelantan masih diberi jolokan dengan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang, bersempena nama Raja Perempuan Kelantan.

Sekarang Kerajaan Kelantan berpayung di bawah naungan ke Bawah DYMM Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad V. Kelantan ditadbir oleh kerajaan PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang dikenali dengan panggilan Tok Guru oleh penduduk Kelantan. Tok Guru,  merupakan pemimpin yang amat menitikberatkan ciri-ciri keislaman dalam pentadbirannya selaras dengan prinsip perjuang "Membangun Bersama Islam"ciri-ciri kepimpinan yang di miliki beliau iaitu Kesederhanaan sikapnya bukan sahaja disanjungi oleh rakyat Kelantan, malah turut dikagumi oleh rakyat di negeri-negeri lain.  Di bawah pimpinan beliau, Kelantan mengalami banyak perubahan dan kemajuan dalam pembangunan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pentadbiran di Kelantan terbahagi kepada 10 unit pentadbiran.  Unit-unit pentadbiran ini dikenali dengan nama "Tanah Jajahan", berbeza dengan unit pentadbiran di negeri-negeri  lain di Semenanjung yang dikenali dengan nama "Daerah"Jajahan tersebut ialah Kota Bharu,  Tumpat, Pasir Mas, Pasir Putih, Machang, Bachok, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli.
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang bandar ini dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun BungaKini Kota Bharu diberi nama jolokan "Kota Bharu Kota Budaya", sinonim dengan peranannya yang menjadi pusat kegiatan budaya bagi rakyat seluruh negeri Kelantan.
Kerajaan Kelantan amat menitikberatkan pendidikan terutama pendidikan agama di samping pendidikan akademik sehingga Kelantan dikenali dengan ‘Negeri Serambi Mekah’ kerana pernah menjadi pusat tumpuan ulama dari serata dunia suatu ketika dahulu.
        Majoriti peduduk Kelantan terdiri daripada orang Melayu yang beragama lslam. Ciri-ciri kemelayuan amat dominan di Kelantan sehinggakan rakyat Kelantan berketurunan Cina dan Siam telah diasimilasikan dengan kebudayaan Melayu-Kelantan.  Bahkan, kebanyakan rakyat Kelantan khususnya yang berketurunan Cina dan Siam berpakaian seperti orang Melayu, masak masakan cara Melayu dan  amat fasih bertutur dalam loghat Melayu Kelantan.
        Malahan, mereka juga dipanggil dengan nama timangan Melayu oleh jiran-jiran mereka yang rata-ratanya berbangsa Melayu.  Semua ini telah serasi dengan kehidupan mereka seharian. Sesungguhnya perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang bagi seluruh rakyat Kelantan untuk hidup di bawah satu rumpun budaya yang sama.  lkatan inilah yang menjadikan hubungan mereka amat erat walaupun berlainan agama.

No comments:

Post a Comment